HEADLINES

Lelaki ditahan kes dadah meninggal dunia dalam lokap

Lelaki itu ditahan pada Khamis lalu dan kira-kira jam 3.30 pagi, petugas lokap mendapati tahanan tersebut berada dalam keadaan meniarap dan tidak sedarkan diri

10:15 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki berusia 49 tahun yang ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia dalam lokap Balai Polis Sabak Bernam, semalam.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM, Datuk Azri Ahmad berkata, lelaki itu ditahan pada Khamis lalu dan kira-kira jam 3.30 pagi, petugas lokap mendapati tahanan tersebut berada dalam keadaan meniarap dan tidak sedarkan diri.

“Polis telah memanggil pihak hospital untuk pemeriksaan lanjut pada pukul 4.40 pagi dan penolong pegawai perubatan mengesahkan kematiannya,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Susulan itu, kata beliau, bedah siasat telah dijalankan di Hospital Sungai Buloh pada 4.20 petang semalam dan ujian pengesanan Covid-19 turut dijalankan serta keputusan yang diperolehi adalah negatif.

“Bedah siasat mendapati tiada kecederaan berbentuk jenayah dikesan dan punca kematian masih pending laboratory investigation,’’ katanya.

Azri memaklumkan, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (UKSJT), JIPS dan Bukit Aman akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada koroner. – 28 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

FAM dismisses talk of Nacho Mendez joining Harimau Malaya

FAM says it is not pursuing any process involving Mendez and has dismissed speculation linking the Spanish-born player to Harimau Malaya

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related