HEADLINES

Lelaki maut dihempap lantai simen konkrit runtuh

Individu berstatus penduduk tetap itu berjaya dibawa keluar pihak bomba, sebelum KKM mengesahkannya meninggal dunia

9:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki disahkan meninggal dunia selepas dihempap lantai simen konkrit yang runtuh dalam kejadian di Jalan Bahagia, Bukit Kapar, Klang hari ini.

Menerusi kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar, mangsa terdahulu dilapor tidak sedarkan diri susulan kejadian itu.

“Pihak bomba menerima panggilan pada jam 7.27 petang berhubung kejadian terbabit di lokasi beralamat Lot 4048, Batu 9, Jalan Bahagia, Bukit Kapar.

“Usaha menyelamat membabitkan anggota BBP Kapar dengan komander operasinya adalah Pegawai Bomba Kanan II, Nurul Azman Muhammadan,” katanya.

Kenyataan itu memaklumkan, pasukan bomba dimaklumkan seorang lelaki bertaraf penduduk tetap tidak sedarkan diri selepas ditimpa lantai simen konkrit runtuh.

“Mangsa berjaya dibawa keluar pihak bomba dan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkannya sudah meninggal dunia,” katanya.

Ia kejadian kedua seumpamanya dalam tempoh dua hari apabila pada 31 Ogos lalu, Scoop melaporkan, seorang pekerja kilang berusia 40 tahun maut selepas dihempap lapan keping mozek yang terjatuh dari rak di dalam stor.

Kejadian itu berlaku ketika penerangan sedang diberikan kepada pelanggan mengenai produk kilang berkenaan di Pelabuhan Klang. – 2 September, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

China break up Olympic champions to groom future stars

Olympic gold medallist Jia Yi Fan now partners Zhang Shu Xian in a bold move to mentor rising talent, as China strengthen their grip on women’s doubles badminton

Petronas and Petros: a tale of smiles in public, discord in court

Behind a façade of harmony, a legal feud brews over Sarawak’s gas monopoly 

Related