HEADLINES

Lima rakyat Malaysia berada di Tebing Barat: Wisma Putra

Wisma Putra turut menasihatkan mana-mana pihak atau warganegara Malaysia yang mempunyai maklumat keberadaan saudara mara atau kenalan yang masih berada di kawasan konflik supaya berhubung dengan kementerian

3:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai lima rakyat Malaysia yang terdiri daripada seorang wanita dewasa dan seorang ibu bersama tiga anaknya pada masa ini berada di Tebing Barat.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan memaklumkan, Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan sentiasa berhubung dengan mereka.

“Wisma Putra juga menasihatkan mana-mana pihak atau warganegara Malaysia yang mempunyai maklumat keberadaan saudara mara atau kenalan yang masih berada di kawasan konflik supaya berhubung dengan kementerian bagi membolehkan bantuan dihulur sekiranya perlu,” kata kenyataan berkenaan.

Jumlah kematian di Semenanjung Gaza kini meningkat kepada 950 orang dengan 5,000 orang mengalami kecederaan dalam serangan udara Israel, yang masuk hari kelima.

Angka berkenaan disahkan oleh Kementerian Kesihatan Palestin, demikian lapor agensi berita WAFA.

Wisma Putra turut menasihatkan pihak yang ingin membuat perjalanan ke kawasan berkenaan supaya menangguhkan perancangan mereka memandangkan keadaan keselamatan yang masih meruncing pada masa ini.

“Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang masih berhasrat untuk ke kawasan berkenaan dinasihatkan untuk merujuk perancangan mereka kepada kementerian ini terlebih dahulu,” katanya.

Sebagai langkah awal, Wisma Putra memaklumkan kerajaan dalam proses menyalurkan RM1 juta bagi sumbangan kemanusiaan awal dengan segera melalui Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP).

“Masyarakat antarabangsa termasuk pertubuhan-pertubuhan antarabangsa perlu menyalurkan segera bantuan kemanusiaan seperti bekalan-bekalan asas dan perubatan. Rejim Israel tidak berhak untuk menyekat saluran bantuan kemanusiaan,’’ tegasnya.

Malaysia, kata kenyataan tersebut turut mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel mengebom secara keterlaluan dan sewenang-wenangnya di kawasan-kawasan awam, di samping tindakan rejim menyekat bekalan asas air, elektrik serta makanan kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

“Malaysia juga sangat kesal dengan peningkatan jumlah korban dan kecederaan orang awam serta kemusnahan ekoran pertempuran yang telah berlarutan sejak 7 Oktober lalu.

“Kementerian Luar menjunjung kasih titah Tuanku Agong dan menyambut baik ketetapan sebulat suara Dewan Rakyat pada 9 Oktober termasuk gesaan supaya Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dan masyarakat antarabangsa memberi tekanan bagi menghentikan segala pertempuran untuk mengelakkan pertumpahan darah.

“Malaysia turut kesal dengan kegagalan UNSC mencapai persetujuan dalam perkara ini,” katanya. – 11 Oktober, 2023.

Topics

 

Hangat

Morocco wants KL court to declare cult leader Mawla Amin not Prophet’s descendant

Kingdom’s statement of claim says his activities in Malaysia have tarnished its image

Right-wing commentator Ian Miles Cheong under police scrutiny

According to authorities, investigation focuses on alleged social media posts that could incite public unrest

We never ask for personal user data from telcos under MPD initiative: MCMC

Deputy managing director explains that all mobile data is anonymised at the telco level, with no names, IC numbers or addresses ever collected or stored by the commission

Related