HEADLINES

Malaysia sambut baik resolusi gencatan senjata: Mohd Na’im

Keputusan resolusi itu penting berikutan situasi terkini di Gaza yang dilihat semakin kritikal

8:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia menyambut baik resolusi yang diluluskan pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) semalam berhubung gencatan senjata segera dan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza tanpa halangan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata keputusan resolusi itu penting berikutan situasi terkini di Gaza yang dilihat semakin kritikal.

“Setiap minit dan saat begitu penting kepada rakyat Palestin di Gaza. Dalam (tempoh) seminit macam-macam perkara boleh berlaku seperti pengeboman bahkan capaian internet di sana juga hampir terputus.. ini melibatkan isu kemanusiaan merentasi agama.

“Malah, kalau kita lihat negara yang menyokong resolusi ini juga kebanyakan negara bukan Islam dan sudah pasti kerajaan sambut baik resolusi yang dipersetujui oleh 120 negara,” katanya kepada pemberita pada program Ziarah Asnah 3.0, di sini hari ini.

Semalam, UNGA menerima resuolusi menggesa gencatan senjata dan bantuan kemanusiaan yang dusulkan Jordan itu diluluskan oleh Perhimpunan Agung dengan 120 undi menyokong, 14 menentang dan 45 tidak mengundi.

Selain itu, Mohd Na’im mengucapkan syabas kepada rakyat Malaysia atas semangat solidariti yang ditonjolkan dan berharap agar usaha itu dapat terus ditingkatkan serta disambut oleh masyarakat Islam mahupun bukan Islam.

Beliau turut mengingatkan orang ramai yang memberi sumbangan kewangan untuk menggunakan saluran bantuan yang betul agar tidak tertipu dengan pihak tidak bertanggungjawab (scammer) yang mengambil kesempatan menubuhkan akaun sendiri bagi kepentingan diri.

Berhubung mesyuarat Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (HARMONI) hari ini, beliau berkata sebuah jawatankuasa kecil akan ditubuhkan di bawah HARMONI bagi mencadang dan melaksanakan program-program berbentuk perpaduan.

Jawatankuasa itu dianggotai 30 ahli terdiri daripada tiga wakil kerajaan, 10 wakil agama Islam, masing-masing empat wakil agama Buddha dan agama Kristian serta masing-masing dua wakil agama Hindu dan agama Tao.

Terdahulu, beliau membuat lawatan ke Pusat Agihan Zakat  (PAZA) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) cawangan Titiwangsa sebelum menziarahi tiga buah rumah asnaf di sekitar Kuala Lumpur. – 28 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related