◉ HEADLINES

Malaysia sedia beli peralatan ketenteraan daripada Turkiye

Perdana Menteri menyerahkan kepada Kementerian Pertahanan untuk berunding dengan Kementerian Kewangan dan kerajaan terbabit dalam pembelian peralatan ketenteraan itu

10:31 AM MYT

 

NEW YORK – Malaysia menyatakan kesediaannya untuk membeli peralatan ketenteraan dari Turkiye, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, sebelum ini ada peralatan ketenteraan yang telah dibeli daripada Korea Selatan, dan menurutnya peralatan sesuai yang hendak dibeli dari Turkiye ini akan diputuskan oleh Majlis Angkatan Tentera Malaysia.

“Kita mungkin lihat dron dan helikopter…lihat pengkhususan dan kepakaran Turkiye. Namun saya serahkan pada pihak tentera, mana yang terbaik,” kata Perdana Menteri selepas pertemuan dua hala dengan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan di Turkish House di sini, hari ini.

Katanya, terserah kepada Kementerian Pertahanan untuk berunding dengan Kementerian Kewangan dan kerajaan terbabit dalam pembelian peralatan ketenteraan itu.

“Dasar saya ialah seperti yang saya katakan kepada Ketua Turus Bersama (Joint Chief of Staff), kita tidak mahu sebarang campur tangan mengenai apa yang perlu diperoleh, apa yang perlu dibeli,” katanya.

Pada masa yang sama, Anwar berkata, Erdogan juga menyatakan persetujuan beliau untuk melawat Malaysia pada Disember depan.

Anwar kini berada di New York bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) itu. – 21 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

◉ Related