HEADLINES

Mantan Mufti Wilayah Persekutuan buka bidaan jam Rolex pemberian Raja Arab Saudi demi Palestin, harga bermula RM40,000

Menurut beliau, setiap kenaikan bidaan bermula RM100 ke atas

12:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Prihatin dengan nasib rakyat Palestin, Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri membuka bidaan jam Rolex kesayangannya pada harga permulaan RM40,000 hari ini dengan kenaikan bermula RM100 ke atas.

Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu menerusi ciapannya di laman X memaklumkan, hasil bidaan itu akan didermakan sepenuhnya bagi membantu rakyat Palestin yang ditindas rejim Zionis ketika ini.

Menurutnya, jam tangan tersebut adalah pemberian cenderamata daripada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud selepas beliau mewakili semua mufti dan ulama menyampaikan ucapan di hadapan baginda dalam kunjungan hormatnya ke Malaysia pada 2017.

“Menjunjung kasih Raja Salman bin Abdulaziz atas derma kurnia yang amat bermakna ini. Titah Baginda untuk sentiasa bersederhana, mengutamakan perpaduan ummah dan memartabatkan agama sentiasa akan saya semat dalam hati. 

“Dengan menjunjung titah tersebut dan meraikan kesungguhan kerajaan Arab Saudi menyalurkan sumbangan billion dollar kepada Palestin saban tahun, saya ingin membuka bidaan jam Rolex kesayangan saya ini dengan harga tapak RM40,000. 

“Kenaikan bermula RM100 ke atas. Hasil bidaan akan didermakan sepenuhnya untuk kebajikan rakyat Palestin yang sedang menderita di sana. Saya buka kepada yang berminat, untuk membida di ruang komen,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai jam tangan mewah itu, Zulkifli yang juga mantan Mufti Wilayah Persekutuan berkata, beliau hanya membuka kotak cenderamata itu dipejabat peribadinya apabila meletak jawatan sebagai menteri pada 2021.

“Beberapa hari selepas majlis berkenaan (dihadiri Raja Salman) di St Regis Hotel, saya dihubungi pihak Kedutaan Besar Arab Saudi di Malaysia. Ada cenderamata yang dikirimkan daripada Raja Saudi kepada saya. 

“Lantas saya minta pegawai saya Dr Aizam untuk mengambilnya. Saya tidak buka kotak cenderamata tersebut. Ia disimpan di pejabat saya di Putrajaya, sehinggalah saya dilantik sebagai menteri. 

“Semasa saya menjawat jawatan menteri, kotak tersebut dipindahkan ke pejabat kedua saya di Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur. Apabila saya meletakkan jawatan sebagai Menteri pada 2021, kotak tersebut dipindahkan ke pejabat peribadi saya. Di sana, barulah saya membuka dan memakainya sebagai tanda penghargaan atas derma kurnia daripada baginda,” katanya.

Setakat hari ini, lebih 8,000 terkorban di Gaza akibat serangan rejim Zionis.

Menurut pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Save the Children, lebih ramai kanak-kanak terbunuh di Gaza dalam tempoh tiga minggu lepas berbanding jumlah terkorban dalam konflik di seluruh dunia setiap tahun sejak 2019.

Angka yang dikeluarkan oleh NGO itu semalam berdasarkan data yang dikeluarkan pihak berkuasa kesihatan Palestin, menunjukkan sekurang-kurangnya 3,324 kanak-kanak terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober, manakala 36 meninggal dunia di Tebing Barat. – 30 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related