◉ HEADLINES

Menara komunikasi Kampung Rambai, Pahang rosak akibat vandalisme

Insiden terbaru itu merupakan kali kedua dilaporkan dalam tempoh kurang sebulan di daerah berkenaan

8:48 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Sebuah menara komunikasi di Kampung Rambai, Pahang rosak teruk akibat vandalisme menyebabkan beberapa syarikat telekomunikasi mengalami gangguan perkhidmatan di kawasan tersebut serta lokasi berhampiran.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), dalam kenyataan hari ini, memaklumkan insiden terbaru itu merupakan kali kedua dilaporkan dalam tempoh kurang sebulan di daerah berkenaan.

Menurutnya, hasil tinjauan mendapati peralatan elektronik di menara berkenaan telah mengalami kerosakan teruk menyebabkan semua peralatan tidak boleh digunakan dan perlu diganti baharu.

Ekoran itu, MCMC memaklumkan perkhidmatan telekomunikasi yang disediakan oleh Celcom, Digi dan Maxis terjejas dan gangguan perkhidmatan turut melibatkan dua lagi menara CelcomDigi lain yang dirangkaikan melalui menara tersebut yang terletak di Kampung Belimbing dan Tasek Chini.

MCMC berkata sebagai langkah penyelesaian sementara, usaha sedang giat dijalankan oleh CelcomDigi untuk mengaktifkan menara-menara berkenaan secara berperingkat bermula dengan menara Tasek Chini yang dijangka mula beroperasi semula esok diikuti menara lain beberapa hari selepas itu.

“Kerja baik pulih sepenuhnya dijangka selesai selewat-lewatnya Rabu ini),” menurut MCMC.

Bagi perkhidmatan U Mobile, MCMC memaklumkan ia telah berjaya dibaik pulih secara sementara, semalam. – 8 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

◉ Related