HEADLINES

Menteri Kesihatan sahkan Najib dirawat di hospital

Dr Zaliha Mustafa bagaimanapun tidak dapat mengulas lanjut mengenai keadaan Najib kerana maklumat pesakit adalah sulit

1:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR  –  Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa mengesahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini sedang dirawat di hospital.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengulas lanjut kerana maklumat peribadi pesakit adalah sulit dan tidak boleh didedahkan kepada umum.

“Saya hanya boleh sahkan kemasukan beliau (Najib) di hospital tetapi apa yang berlaku, rawatan, penyakit dan sebagainya, saya tak boleh beritahu kerana confidential (sulit). Tak boleh didedahkan di sini,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Terdahulu, pegawai khas Najib, Mukhlis Maghribi memaklumkan Najib dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Selasa lalu selepas mengadu demam.

Selepas pemeriksaan dilakukan doktor pakar, beliau didapati positif Covid-19. Beliau kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani kuarantin di HKL.

Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC). – 2 November,2023

Topics

 

Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Related