HEADLINES

Nombor pendaftaran khas, M_M mula dijual pada 31 Ogos ini

Orang ramai boleh membida menerusi sistem JPJeBid dan keputusannya akan diumumkan pada 5 September ini

3:24 PM MYT

 

PUTRAJAYA — Bidaan nombor pendaftaran istimewa kenderaan siri M_M akan bermula pada 31 Ogos sehingga 4 September depan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata,  ia adalah sempena sambutan Hari Merdeka ke-66.

“Nombor pendaftaran istimewa kenderaan siri M_M  membawa maksud Malaysia Merdeka atau Malaysia Madani,’’ katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Loke memaklumkan nombor tersebut boleh dibida menerusi sistem JPJeBid dan keputusannya akan diumumkan pada 5 September ini.

Beliau berkata harga bidaan dalam JPJeBid ialah mengikut harga minima yang telah ditetapkan, iaitu nombor bernilai utama RM20,000, nombor menarik RM3,000, nombor popular RM800 dan RM300 untuk nombor biasa.

Nombor yang berjaya dibida perlu didaftarkan dalam masa 12 bulan daripada surat rasmi yang dikeluarkan.

“Nombor pendafaran FF menghasilkan RM34 juta kepada kerajaan maka kita berharap M_M akan membawa hasil sebanyak mungkin kepada kerajaan,’’ katanya. – 29 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

China break up Olympic champions to groom future stars

Olympic gold medallist Jia Yi Fan now partners Zhang Shu Xian in a bold move to mentor rising talent, as China strengthen their grip on women’s doubles badminton

Petronas and Petros: a tale of smiles in public, discord in court

Behind a façade of harmony, a legal feud brews over Sarawak’s gas monopoly 

Related