HEADLINES

PAS lancar aplikasi pelbagai fungsi, MyOnePAS Super App

Menurut Takiyuddin, aplikasi dilengkapi kemudahan kad prabayar menggunakan Mastercard selain e-dompet itu adalah projek ke arah digitalisasi semua aktiviti berkaitan PAS

4:35 PM MYT

 

SHAH ALAM – PAS menjadi parti politik pertama di negara ini yang berjaya membangunkan aplikasi pelbagai fungsi, MyOnePAS Super App.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, aplikasi dilengkapi kemudahan kad prabayar menggunakan Mastercard selain e-dompet itu adalah projek ke arah digitalisasi semua aktiviti berkaitan parti itu.

Katanya, ia termasuk urusan derma dan transaksi yang dibangunkan oleh syarikat PAS Pay Tech Sdn Bhd.

“Selain itu MyOnePAS Super App turut mempunyai kemudahan pembayaran bil, panduan solat dan aplikasi lain untuk pelbagai urusan parti.

“Apabila mendaftar melalui aplikasi ini, mereka akan mendapat sama ada kad fizikal atau kad maya yang mempunyai kemudahan Mastercard yang mana jika ingin digunakan, mereka perlu memindahkan wang ke dalam kad terbabit.

“Jika ingin memohon bagi kad fizikal, bayaran sebanyak RM25 dikenakan dan ia boleh ‘menyimpan’ had wang sehingga RM10,000 bagi Mastercard dan RM25,000 bagi e-dompet,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, aplikasi MyOnePAS Super App itu dilancarkan oleh Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Pada masa sama, Takiyuddin berkata, MyOnePAS Super App tidak terhad kepada ahli parti dan boleh dilayari semua individu selain boleh dimuatnaik melalui kemudahan android.

Beliau berkata, bagi pengguna Iphone pula, aplikasi itu boleh mula dimuatnaik bermula 24 November ini. – 21 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Best results since 2013: SPM 2024 shows improvement across the board

14,179 students scored straight A’s, significantly increasing from 11,713 last year and highest number in over a decade

Related