HEADLINES

Pemimpin kanan PAS adakan pertemuan bersama Dr Mahathir, ‘kita bincang pelbagai topik…’

Ini adalah pertemuan kedua beberapa individu dalam kalangan pemimpin PAS itu bersama Dr Mahathir

10:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Beberapa pemimpin kanan PAS hari ini, mengadakan pertemuan bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di kediaman bekas Perdana Menteri itu, bagi membincangkan pelbagai topik berhubung strategi percaturan ekonomi sepatutnya diambil parti berkenaan untuk kemajuan negeri diterajui.

Pengerusi Mobilisasi Proklamasi Orang Melayu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, pertemuan selama sejam setengah bermula 5.30 petang itu berjalan dalam suasana amat mesra.

“Pelbagai topik dibincangkan, khususnya mengenai perancangan pembangunan ekonomi negeri di bawah pemerintahan PAS.

“Dr Mahathir berpandangan negeri berkenaan mempunyai pelbagai potensi untuk dibangunkan setaraf dengan negeri yang maju di sebelah Pantai Barat Semenanjung,” katanya kepada Scoop.

Pertemuan selama sejam setengah bersama Tun Dr Mahathir (tengah) itu turut dihadiri (dari kiri) Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Mohd Shukri Ramli – Gambar Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, 2 September, 2023

Menerusi penerangan dan gambar dikongsikannya itu, kelihatan pertemuan berkenaan dihadiri Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung parti terbabit, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Turut hadir, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar; Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.

Ini adalah pertemuan kedua beberapa individu dalam kalangan pemimpin PAS itu bersama Dr Mahathir.

Pada 20 Ogos lalu, status Facebook PAS Pusat memaparkan gambar dan penerangan mengenai pertemuan Abdul Hadi; Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Sulaiman dan Khairuddin yang juga bekas Ketua Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) Wilayah Persekutuan.

Melalui hantaran ketika itu, dikongsikan tiga foto menyaksikan Abdul Hadi bersalaman dengan Dr Mahathir.

Kedua-dua mereka dilihat berbual mesra, duduk berbincang di ruang tamu serta menjamu selera. – 2 September, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related