HEADLINES

PM beri sumbangan peribadi kepada waris dua mangsa nahas Elmina

Sumbangan itu disampaikan melalui setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahmad Farhan Fauzi, semalam

7:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarga dua mangsa nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, minggu lalu.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Anwar berkata sumbangan itu disampaikan melalui setiausaha politiknya, Ahmad Farhan Fauzi, semalam, semasa menziarahi waris Allahyarham Idris Abdol Talib @ Ramali, di Kampung Ketari, Bentong.

Idris merupakan pegawai khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun yang turut terkorban dalam insiden itu.

Anwar berkata Ahmad Farhan juga menziarahi dan menyampaikan sumbangan beliau kepada keluarga Allahyarham Khairil Azwan Jamaluddin di Felda Mempaga 1, Karak.

“Saya turut berdukacita dan mendoakan agar keluarga terus diberikan kekuatan serta ketabahan yang tinggi saat diuji dengan ujian besar ini,” katanya.

Pada 17 Ogos lalu, 10 individu terkorban dalam nahas itu termasuk Johari yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang.

Mangsa yang maut terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat itu manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang p-hailing dan pemandu e-hailing yang menggunakan lebuh raya berkenaan. – 26 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

Related