HEADLINES

PN kemuka nama calon MB dalam masa terdekat: Muhyiddin

Ini bagi mendapatkan perkenan daripada Sultan di negeri terbabit iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu

8:54 AM MYT

 

SHAH ALAM – Perikatan Nasional (PN) akan mengemukakan nama calon Menteri Besar baharu di ketiga-tiga negeri yang dimenangi gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini dalam masa terdekat.

Pengerusi PN yang juga Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ini bagi mendapatkan perkenan daripada Sultan di negeri terbabit iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.

“Kalau sekiranya nama-nama itu telah diperkenankan maka upacara angkat sumpah akan ditetapkan,  mungkin dalam tempoh beberapa hari akan datang,” katanya pada sidang media di sini.

Turut hadir Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin, Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai serta kepimpinan tertinggi gabungan itu. 

Pada PRN kali ini, PN menang di Kelantan, Terengganu dan Kedah selain kerusi Parlimen Kuala Terengganu serta 11 kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang, 22 di Selangor dan lima di Negeri Sembilan. – 13 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related