◉ HEADLINES

Polis ambil keterangan 10 saksi bantu siasatan tohmahan ke atas Pegawai Perkhidmatan Awam

Kenyataan palsu itu turut menggunakan nama Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PPTD), untuk membuat tohmahan peribadi terhadap Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Dr Zulkapli Mohamed

9:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis telah mengambil keterangan 10 individu bagi membantu siasatan berhubung akaun Facebook palsu ‘Harapan Malaysia’ dan ‘Sahabat Anwar Ibrahim’, yang digunakan untuk menyebar tohmahan terhadap pegawai perkhidmatan awam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata polis juga sedang mengesan, pemilik kedua-dua akaun Facebook berkenaan.

Beliau berkata kenyataan palsu itu turut menggunakan nama Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PPTD), untuk membuat tohmahan peribadi terhadap Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Dr Zulkapli Mohamed.

“Polis masih menyiasat dan sedang mengenal pasti suspek yang terlibat. Saya juga ingin menasihatkan penjawat awam tidak mengeluarkan kenyataan spekulasi.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, kerana berkelakuan mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, di sini hari ini.

Pada 15 Ogos lepas, PPTD menafikan ada mengeluarkan dakwaan fitnah mengenai KSN dan KPPA. Susulan itu, Presiden PPTD Datuk Seri Isham Ishak dilapor berkata pihaknya hanya mengeluarkan kenyataan melalui saluran rasmi PPTD.

Sementara itu, Mohd Shuhaily berkata PDRM turut menyiasat akaun Facebook ‘Flat Earth Malaysia’, yang menulis dan memberi komen melibatkan Institusi Diraja Johor.

“Siasatan kes itu disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya. – 28 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

◉ Related