HEADLINES

Polis buka kertas siasatan video tular sambutan MB Kedah di Johor

Pihak polis melihat hal tersebut berunsur provokasi dan fitnah yang boleh mendatangkan tanggapan buruk masyarakat

8:00 AM MYT

 

JOHOR BAHRU – Polis telah membuka kertas siasatan berhubung satu video tular yang kononnya memperlihatkan sambutan ke atas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, yang didakwa berlaku di negeri ini.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat sebaliknya berkata hasil semakan pihaknya mendapati video berkenaan sebenarnya daripada satu program “KL Munajat” bersama pendakwah Ustaz Abdul Somad, Sheikh Aleey Qodir At-Thohiri dan Nur Ali Badar, bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, pada 15 Julai lepas.

“Namun video tersebut telah disunting dengan memasukkan laungan sorakan ‘Luaskan Kuasamu Johor’ untuk perkongsian oleh pengguna media sosial lain.

Pihak polis telah membuka kertas siasatan dan sedang dalam usaha bagi mengesan individu-individu yang bertanggungjawab bagi membantu siasatan,” kata beliau dalam satu kenyataan, malam tadi.

Kamarul Zaman berkata pihaknya melihat hal tersebut berunsur provokasi dan fitnah yang boleh mendatangkan tanggapan buruk masyarakat dan mengingatkan perbuatan menyebar serta membuat spekulasi palsu adalah menyalahi undang-undang.

Menurut beliau, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh didenda atau dipenjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai dakwaan yang diperoleh daripada sumber yang tidak sah dan berkongsi maklumat berkenaan sehingga boleh menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan dalam kalangan masyarakat.

Terdahulu, tular sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok  berdurasi dua minit, dengan kapsyen “sambutan kepada Menteri Besar Kedah di Johor’’ dengan latar belakang lagu ‘’Luaskan Kuasamu Johor’’. – 27 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas and Petros: a tale of smiles in public, discord in court

Behind a façade of harmony, a legal feud brews over Sarawak’s gas monopoly 

Consumer group slams 900% vape tax proposal as ‘illogical and self-defeating’

The Malaysian Organisation of Vape Entity (MOVE) warns that the Health Ministry’s plan to hike vape liquid tax from 40 sen to RM4 per millilitre will drive users to the black market, undermine public health goals, and punish smokers seeking safer alternatives

Related