◉ HEADLINES

Polis rampas syabu bernilai RM17.2 juta, lapan lelaki ditahan

Kesemua dadah itu dijumpai di dalam tiga kenderaan ketika serbuan dilakukan oleh JSJN Bukit Aman dengan kerjasama JSJN Kelantan

1:46 PM MYT

 

KOTA BHARU – Polis menahan lapan lelaki termasuk seorang warga Thailand dan merampas sebanyak 521 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai RM17.2 juta dalam lima serbuan di Kelantan pada 25 Okt lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata kesemua dadah itu dijumpai di dalam tiga kenderaan ketika serbuan dilakukan oleh JSJN Bukit Aman dengan kerjasama JSJN Kelantan.

“Dalam serbuan itu, polis berjaya menahan lapan suspek iaitu tujuh lelaki tempatan dan seorang lelaki Thailand berumur dalam lingkungan 20 hingga 54 tahun yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah untuk pasaran tempatan.

“Modus operandi yang digunakan sindiket ini adalah dengan menyeludup masuk bekalan dadah dari negara jiran melalui jalan darat sebelum diedar untuk pasaran tempatan terutama di sekitar Lembah Klang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Mohd Kamarudin berkata sindiket terbabit dipercayai mula aktif pada awal Mei lepas dan saringan awal polis mendapati seorang suspek positif dadah jenis Benzo, manakala tujuh lagi negatif ujian air kencing.

“Semakan rekod jenayah mendapati lima suspek mempunyai rekod lampau kesalahan jenayah dan dadah. Lima kenderaan yang dianggarkan bernilai RM309,000 disita menjadikan nilai keseluruhan rampasan termasuk dadah ialah RM17.5 juta,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula 26 Okt hingga 1 November bagi membantu siasatan. – 31 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

◉ Related