HEADLINES

Polis tahan 8 lelaki bantu siasatan kes rusuhan guna senjata di Kampung Malaysia Tambahan

Hasil siasatan mendapati kejadian itu berpunca daripada satu kes kemalangan kereta dan pergaduhan melibatkan dua pihak untuk menunda kenderaan terbabit

7:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis menahan lapan lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 22 hingga 44 tahun bagi membantu kes rusuhan menggunakan senjata di Kampung Malaysia Tambahan, Cheras, awal pagi tadi.

Ketua Polis Cheras, Zam Halim Jamaluddin berkata, hasil siasatan mendapati kejadian itu berpunca daripada satu kes kemalangan kereta dan pergaduhan melibatkan dua pihak untuk menunda kenderaan terbabit.

“Kira menerima makluman daripada orang awam mengenai satu kes rusuhan menggunakan senjata melibatkan beberapa suspek pada 1.37 pagi. Susulan itu, lebih kurang 11.15 pagi, sepasukan Polis
Bahagian Siasatan Jenayah (D7), IPD Cheras telah membuat tangkapan ke atas lapan
lelaki warga negara.

“Usaha sedang diteruskan bagi mengesan suspek yang masih bebas. Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zam turut memberi ingatan bahawa polis tidak akan berkompromi dengan mereka yang gagal mematuhi undang-undang dan tindakan tegas akan diambil bagi memastikan masyarakat sentiasa berada dalam keadaan aman dan tenteram.

Beliau berkata, jika sesiapa mempunyai maklumat mengenai kejadian terbabit boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan. – 2 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related