◉ HEADLINES

Portfolio Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup diisi secepat mungkin

Tugas itu ketika ini dipangku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali

4:14 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi bayangan portfolio Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dalam Kabinet akan diisi secepat mungkin.

Beliau yang ditemui selepas majlis Solidariti Wakaf Sejuta al-Quran di sini hari ini berkata jawatan itu akan diisi selepas beberapa pertimbangan dibuat.

“Insya-Allah, kita akan isi kekosongan. Kalau ada cadangan sila tulis surat kepada saya secepat mungkin… saya pertimbangkan,” katanya ketika ditanya perkembangan portfolio Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berikutan kematian Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.

Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada malam 23 Julai lepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

Tugas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup ketika ini dipangku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali. 

Mengenai saranan agar beliau memberi penjelasan di Dewan Rakyat isu keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada pertuduhan mahkamah, Anwar berkata: ‘Mungkin, Insya-Allah.’

Semalam, media melaporkan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) menggesa Anwar memberi penjelasan di Dewan Rakyat mengenai keputusan DNAA pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri akan datang.

Pada 4 September lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan untuk melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada kesemua 47 pertuduhan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi yang dihadapinya.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendengar 11 alasan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar untuk menghentikan prosiding kes berkenaan. – 15 September, 2023

 

Topics

 

◉ Hangat

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

◉ Related