HEADLINES

PRK Pelangai: Bertanding calon Bebas, keahlian Umno Haslihelmy gugur

Perkara itu disahkan Zahid selepas mengiringi calon BN di pusat penamaan calon di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul di Bentong, hari ini

1:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keahlian Haslihelmy DM Zulhasli sebagai ahli Pemuda Umno Bahagian Bentong gugur secara automatik berkuat kuasa hari ini.

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia susulan tindakan Haslihelmy yang juga ahli Umno Kampung Sum-Sum, bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

“Walaupun beliau menjadi calon Bebas, secara automatik mulai hari ini keahlian beliau gugur,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi calon parti itu bagi PRK Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam ke pusat penamaan calon di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul di Bentong, hari ini.

Terdahulu, Haslihelmy dilihat tiba di pusat penamaan calon kira-kira jam 9.05 pagi tadi.

PRK DUN Pelangai menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Amizar yang mewakili BN, manakala Perikatan Nasional (PN) meletakkan Naib Yang Dipertua PAS Bentong, Kasim Samat dan Haslihelmy bertanding atas tiket Bebas.

Sementara itu, Zahid berkata, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail akan mengetuai jentera BN sebagai Pengarah PRK DUN Pelangai.

Menyifatkan BN tidak mengambil mudah atau terlebih yakin untuk mempertahankan kerusi yang menjadi kubu kuat BN itu, Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, jentera kempen perlu bekerja keras dan menggunakan langkah luar biasa untuk menarik sokongan pengundi.

“Walaupun atas kertas, kita ada majoriti lebih 4,000 undi melalui Allahyarham Datuk Seri Johari Harun dan 2,000 lebih daripada calon Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lepas, namun kita tidak boleh ambil mudah dan terlebih yakin.

“Lawan dah bermukim di sini dan menggunakan pendekatan ceramah tidak besar (berkelompok), jadi kita kena guna langkah luar biasa, sesuai dengan kehendak dan cita rasa pengundi DUN ini dan kita perlu mendekati semua pengundi secara bersemuka,” katanya.

Pada PRU-15, Johari yang mewakili BN menang dengan majoriti 4,048 undi selepas memperoleh 7,308 undi, menewaskan Kasim dari PN (3,260), Ahmed Wafiuddin daripada Pakatan Harapan (2,031) dan calon Pejuang, Isa Ahmad (65).

PRK itu diadakan ekoran kematian Johari, 53, akibat nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada petang 17 Ogos lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 7 Oktober ini manakala 3 Oktober sebagai tarikh pengundian awal. – 23 September, 2023

Topics

 

Hangat

FAM dismisses talk of Nacho Mendez joining Harimau Malaya

FAM says it is not pursuing any process involving Mendez and has dismissed speculation linking the Spanish-born player to Harimau Malaya

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Malaysia Cup: JDT defy red card drama to seal historic treble treble

Arif Aiman strikes late winner as JDT overcome early setback and a red card to clinch 2-1 victory over Sri Pahang

Related