HEADLINES

Program Subsidi Bersasar dijangka bermula Januari depan: Rafizi

Kaedah dan mekanisme pelaksanaan sistem itu, sama ada akan menggunakan tunai, kad atau di pam bakal diputuskan dari semasa ke semasa

3:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Program Subsidi Bersasar dijangka dapat dilaksana sepenuhnya bermula 2024, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Beliau berkata, ia selepas Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) mungkin akan melalui tempoh percubaan mulai November ini, sebelum dibuka kepada orang ramai pada Januari depan untuk kegunaan pengesahan maklumat peribadi.

“Insya-Allah rancangannya mula dibuka kepada orang ramai untuk mengesahkan maklumat sosio ekonomi mereka pada Januari 2024. Seteleh PADU diuji dan disahkan maklumat isi rumah berada sepenuhnya dalam sistem ini, ia akan membolehkan kerajaan membuat keputusan bila hendak memulakan subsidi bersasar.

“Tapi kalau tengok garis masa itu apabila PADU sudah beroperasi dan terbuka kepada orang ramai Januari depan, pandangan saya proses program subsidi bersasar ini akan bermula 2024,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Rafizi berkata, kaedah dan mekanisme pelaksanaan sistem itu, sama ada akan menggunakan tunai, kad atau di pam, bakal diputuskan dari semasa ke semasa.

“Soal mekanisme untuk mengagihkan subsidi bersasar, ia boleh diputuskan kerajaan pada masa sesuai

“Kerana keutamaan kita sekarang ini untuk memastikan maklumat sosio ekonomi setiap isi rumah ini lengkap di dalam PADU. Itu lebih penting daripada buat keputusan nak pakai IC (kad pengenalan) ke atau pemindahan terus ke akaun atau kad, itu fokus kita,” katanya.

Pada 15 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju menubuhkan PADU untuk menggabungkan maklumat sosioekonomi setiap isi rumah di negara ini, bagi memperkemas pelaksanaan subsidi bersasar.

Sistem itu akan mengumpul seberapa banyak maklumat sosio ekonomi isi rumah, sekali gus membantu pengagihan subsidi dan bantuan kerajaan dengan lebih berkesan. – 11 September, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related