HEADLINES

Puluhan maut dalam serangan terbaharu Israel di kem pelarian al-Shati

Klip video yang disiarkan oleh Al Jazeera di platform media sosial X, memaparkan detik serangan udara Israel ke atas kem pelarian tersebut semalam

10:10 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Operasi menyelamat sedang dijalankan ketika serangan terbaru Israel mengorbankan puluhan orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak, di kem pelarian al-Shati di utara Gaza serta selatan Khan Younis.

Klip video yang disiarkan oleh Al Jazeera di platform media sosial X, memaparkan detik serangan udara Israel ke atas kem pelarian tersebut semalam.

Dalam video itu, beberapa pekerja pertahanan awam, paramedik dan orang awam bertarung menyelamatkan mangsa yang cedera parah akibat tertimbus dibawah runtuhan bangunan.

Ramai dilihat menggunakan tangan untuk menggali timbunan runtuhan.

Ketika operasi mencari mangsa yang terselamat, video itu turut merakamkan satu lagi serangan udara Israel di kawasan berhampiran, menyebabkan orang ramai panik.

Sekurang-kurangnya 5,087 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza, manakala lebih 1,400 maut di Israel sejak 7 Oktober lalu.

Pada masa sama, kumpulan pejuang Hamas mengumumkan mereka sudah membebaskan dua lagi tawanan.

Menurut sayap tentera Hamas, Briged Qassam, pembebasan dua tahanan warga ema situ, Nurit Cooper,80, dan Yocheved Lifshitz, 85, yang ditahan di Gaza, hasil daripada rundingan bersama wakil dari kerajaan Mesir-Qatar.

Sementara itu, Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian berkata, kumpulan Palestin di Gaza bertindak tanpa sebarang arahan daripada Tehran selepas Amerika Syarikat (AS) menuduh Iran ‘memudahkan’ serangan.

Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant mengarahkan tenterany untuk bersiap sedia dalam operasi “udara, darat dan laut” ke Gaza yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.  – 24 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

It’s not Big Tobacco, but Big Pharma that’s behind vape ban push: industry leader

Move president warns of harm to public health and legal vape industry if proposed nationwide ban goes ahead

Spotify hikes Premium subscription fees by RM1 to RM3 in Malaysia

Subscribers will face higher monthly payments across all Premium plans, effective from September

Related