HEADLINES

Reman pengasas syarikat penerbangan dilanjut

Bagaimanapun isteri dan anak lelaki ahli perniagaan itu dibebaskan

2:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Reman seorang pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan bergelar ‘Datuk’ yang ditahan pada 17 Okt lepas dilanjutkan hingga esok.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata isteri dan anak lelaki ahli perniagaan itu dibebaskan.

Beliau berkata beberapa individu yang terdiri daripada rakan perniagaan dan pelabur akan dipanggil untuk membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. 

“Mereka dinasihatkan untuk tampil dan membantu siasatan. Adalah lebih baik jika memberi kerjasama kepada pihak polis untuk mengelakkan sebarang kesulitan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, Ramli berkata sejak siasatan bermula, pihaknya telah membekukan lebih 15 akaun bank milik individu terbabit berjumlah hampir RM5 juta.

Pada Selasa lepas, Bernama melaporkan polis telah menahan ahli perniagaan berusia 57 tahun itu bersama isteri, 55, dan anaknya, 26, di rumah mereka di Shah Alam, Selangor. – 21 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Singaporean mum in uphill battle in Johor shariah court after ex-husband abducts son

Daylin Limonte Alvarez faces complex legal hurdles in getting Malaysian Islamic court to enforce child custody order granted by republic

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related