◉ HEADLINES

Bajet 2024: RM200 juta teruskan program Payung Rahmah

Program Jualan Rahmah akan diperluas ke lebih banyak kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) di seluruh negara

5:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perjuangan menangani beban sara hidup yang dicetuskan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub tidak akan dihentikan dan bagi tujuan itu, peruntukan sebanyak RM200 juta akan disediakan untuk meneruskan pelaksanaan Payung Rahmah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan Program Jualan Rahmah yang menawarkan barangan keperluan asas pada harga sehingga 30 peratus lebih rendah juga akan diperluas ke lebih banyak kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) di seluruh negara.

“Program Pasar Rahmah yang menawarkan insentif kepada 1.2 juta pengusaha pasar borong, pasar malam dan pasar tani juga diteruskan bagi mengurangkan kos perniagaan sekali gus dapat menurunkan harga jualan,” katanya pada pembentangan Bajet 2024 di Parlimen hari ini.

Beliau berkata, Payung Rahmah ialah manifestasi keprihatinan kerajaan dalam membela nasib rakyat. – 13 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

◉ Related