HEADLINES

Saham Pestech, MAHB susut susulan penamatan kontrak Aerotren bernilai RM742.95 juta

Pada 10.22 pagi, harga saham itu menyusut 2.5 sen kepada 26.5 sen dengan sejumlah 23.44 juta saham saling berpindah tangan

12:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Saham-saham Pestech International Bhd di Bursa Malaysia merosot berikutan penamatan kontrak anak syarikat milik penuhnya Pestech Technology Sdn Bhd dengan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Pada 10.22 pagi, harga saham itu menyusut 2.5 sen kepada 26.5 sen dengan sejumlah 23.44 juta saham saling berpindah tangan.

Menerusi kontrak itu, Pestech Technology ditugaskan untuk membekal, mereka bentuk dan membina penggerak penumpang automatik (APM) atau aerotren di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

MAHB dalam kenyataan semalam berkata, kontrak tersebut ditamatkan kerana Pestech menunjukkan prestasi kerja yang tidak memuaskan, menjejaskan pencapaian penting projek dan risiko lewat menyiapkan  projek pada tarikh akhir yang diperlukan.

“Keputusan ini diambil oleh lembaga pengarah MAHB dengan mematuhi prinsip tadbir urus MAHB dan berdasarkan pemantauan yang teliti terhadap pembangunan progresif projek APM oleh pengurusan MAHB dan perunding bebasnya.

“Pestech didapati melakukan pelanggaran material obligasinya di bawah kontrak itu dan gagal memulihkan aspek yang sama dalam tempoh masa ditentukan,” kata pengendali lapangan terbang itu.

Pestech dilantik oleh anak syarikat milik penuh MAHB, Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd (MA Sepang) sebagai kontraktor reka bentuk dan binaan bagi Program Penggantian Aerotren KLIA bernilai RM742.95 juta pada 14 Disember 2021 melalui proses tender terbuka.

MAHB berkata berikutan notis penamatan itu yang dimulakan dengan notis ingkar kepada Pestech, MA Sepang akan memulakan semula dan menyiapkan kerja-kerja mengikut jadual menerusi libat urus dengan pihak lain.

Syarikat itu menjelaskan untuk kekal komited memperuntukkan sumber yang diperlukan bagi mengurangkan potensi kelewatan projek APM.

Sementara itu, saham MAHB menyusut 4.0 sen kepada RM6.85 pada 10.22 pagi dengan sebanyak 51,800 saham saling berpindah tangan. – 17 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related