◉ HEADLINES

Sanusi angkat sumpah MB Kedah

Sanusi melafaz sumpah memegang jawatan Menteri Besar di hadapan Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Balai Mengadap Besar, Istana Anak Bukit pada jam 10.15 pagi ini

10:08 AM MYT

 

ALOR SETAR – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeneri, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah hari ini.

Muhammad Sanusi, 49, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah, melafaz sumpah memegang jawatan itu di hadapan Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Balai Mengadap Besar, Istana Anak Bukit, di sini pada 10.15 pagi ini.

Beliau dilantik semula ke jawatan itu selepas PN mendapat kemenangan besar iaitu 33 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu lalu.

Terdahulu, kenderaan membawa Sanusi dilihat memasuki istana kira-kira jam 9.40 pagi tadi.

Kenderaan membawa Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilihat memasuki istana kira-kira jam 9.40 pagi tadi. – Gambar Scoop, 14 Ogos, 2023

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, mempertahankan kerusi DUN Jeneri selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim, dengan majoriti 16,050 undi.

Sebelum ini, Sanusi adalah Menteri Besar Kedah ke-14 yang dilantik dan mengangkat sumpah jawatan itu pada 17 Mei 2020 selepas mendapat sokongan majoriti Adun ketika itu.

Dilahirkan pada 4 Ogos 1974, Sanusi pernah menjadi Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak antara 2008 hingga 2013.

Beliau mula menjadi calon dalam pilihan raya sewaktu bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) di kerusi DUN Belantek, namun tewas kepada calon BN Datuk Mohd Tajudin Abdullah dengan majoriti 252 undi. – 14 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Best results since 2013: SPM 2024 shows improvement across the board

14,179 students scored straight A’s, significantly increasing from 11,713 last year and highest number in over a decade

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

◉ Related