HEADLINES

Sarawak tuan rumah Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2023

Sambutan bertemakan “Malaysia MADANI Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” itu bakal dihadiri tetamu kehormat Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud

5:00 PM MYT

 

KUCHING – Sarawak dipilih menjadi tuan rumah bagi Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2023 yang bakal berlangsung di Stadium Perpaduan di sini, pada 16 September ini.

Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dalam satu kenyataan memaklumkan sambutan bertemakan “Malaysia MADANI Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” itu bakal dihadiri tetamu kehormat Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.

Turut dijangka hadir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak yang juga menteri bertanggungjawab bagi sambutan itu, Datuk Julaihi Narawi berkata pemilihan Sarawak sebagai tuan rumah merupakan satu penghormatan.

“Sarawak selalu dirujuk sebagai contoh semangat perpaduan yang begitu baik sekali. Baru-baru ini, slogan ‘Segulai, Sejalai’ dipilih kerana kita sentiasa bersatu padu dan sepakat dalam mempertahankan perpaduan,” katanya dalam kenyataan sama.

Antara persembahan yang bakal diadakan pada hari berkenaan ialah Persembahan Khas: Musical “Segulai, Sejalai” serta persembahan yang menampilkan tiga wilayah dalam negara iaitu Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Pada 7 Jun lalu, Anwar berkata frasa bahasa Iban di Sarawak “Segulai Sejalai” yang bermaksud seiring sejalan akan digunakan sebagai cogan kata perpaduan untuk seluruh negara. – 9 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related