HEADLINES

‘Saya lebih rela masuk penjara’: Hadi

Ahli Parlimen Marang itu memaklumkan kepada Dewan Rakyat, beliau bersedia dihukum dan memilih memasuki penjara, berbanding denda

3:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Hadi Abdul Awang sanggup dipenjarakan jika beliau didapati bersalah atas sebarang kesalahan.

Hadi berkata, polis sentiasa menjalankan tugas dengan baik setiap kali menyoalnya sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap pelbagai laporan polis dibuat ke atasnya.

“Saya bersedia untuk dihukum. Saya tidak pasti sama ada ia hukuman penjara atau denda, tetapi saya lebih suka masuk penjara.

“Kalau kena denda, lebih baik saya beri wang itu kepada Pasti (rangkaian pendidikan awal PAS Pusat Asuhan Tunas Islam),” katanya di Dewan Rakyat sambil disambut gelak ketawa dan tepukan penyokong pembangkang.

Bagi rekod, Hadi berdepan beberapa siasatan polis, tetapi tiada satu pun daripadanya dibawa ke mahkamah untuk ditentukan tindakan lanjut.

Pada 7 September, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, polis sudah menyerahkan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) berhubung kenyataan Hadi yang didakwa mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan.

Dalam ucapannya ketika berkempen di Johor bulan lalu itu, Hadi mendakwa mengikut prinsip Islam, pihak yang berhak mendapat pengampunan adalah ahli keluarga mangsa, bukan Lembaga Pengampunan.

Julai lalu, Razarudin berkata, satu lagi kertas siasatan terhadap Hadi diserah kepada AGC, berhubung kenyataan pemimpin itu di Facebook yang mendakwa DAP mahu mengekalkan kefahaman Islam dalam Perlembagaan Persekutuan berdasarkan tafsiran liberalisme.

Sebelum ini, Julai lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam jawapan bertulis di Parlimen berkata, polis sudah menyerahkan kepada AGC kertas siasatan berhubung kenyataan Hadi mengenai menggulingkan kerajaan melalui cara demokrasi. – 13 September, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

China break up Olympic champions to groom future stars

Olympic gold medallist Jia Yi Fan now partners Zhang Shu Xian in a bold move to mentor rising talent, as China strengthen their grip on women’s doubles badminton

RM950mil scrap metal tax evasion probe: MACC raids NationGate subsidiary

Electronics manufacturer says it is cooperating with authorities, taken steps to ensure operations remain unaffected after yesterday’s raid

Related