◉ HEADLINES

‘Saya puasa, berehat daripada politik untuk satu tempoh’

Nik Mohamad Abdul Nik Abdul Aziz mengakui ia tempoh paling sukar untuk beliau dan ibunya

3:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Anak lelaki mantan Mursyidul Am PAS, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat, iaitu Nik Mohamad Abduh mengumumkan berehat seketika daripada arena politik.

Bekas Ahli Parlimen Bachok itu berkata, beliau dan ibunya melalui tempoh paling sukar ketika ini.

“Saya puasa dan berehat daripada politik tanah air untuk satu tempoh. Ia tempoh paling sukar untuk saya dan bonda.

“Semoga PAS bertambah gagah dengan kepimpinan terbaik untuk memacu masa depan negara,” katanya dalam kenyataan ringkas, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Nik Mohamad Abduh tidak tercalon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan walaupun nama beliau disebut-sebut bakal bertanding di satu kerusi dalam Parlimen Pengkalan Chepa.

Malah kelmarin, adik kepada Allahyarham Nik Abdul Aziz mendedahkan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah adalah punca kepada Nik Mohamad Abduh tidak dicalonkan pada PRN di Kelantan.

Nik Din Nik Mat turut mendedahkan, nama Nik Mohamad Abduh itu pada awalnya ada sebelum ditolak oleh Mohd Amar, selain Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang sendiri turut menghantar surat meminta PAS Kelantan menyenaraikan nama anak saudaranya.

Dakwanya, tindakan itu dibuat kerana calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor itu tidak mahu keluarga Allahyarham Nik Abdul Aziz bertapak di Pengkalan Chepa.

Pendedahan itu dibuat menerusi satu rakaman video berdurasi dua minit 33 saat yang tular di WhatsApp sejak petang Sabtu lalu. – 31 Julai, 2023

Topics

 

◉ Hangat

10 filem patriotik pasukan beruniform tanah air ini wajib ditonton!

Harus diakui bahawa Malaysia masih lagi kekurangan filem-filem bergenre kenegaraan yang mampu membangkitkan semangat nasionalisme dan jiwa patriostisme rakyat terhadap negara yang berjaya bebas dari cengkaman penjajah sejak 66 tahun lalu

Malaysia, Bangladesh move to reopen labour market with zero-cost hiring push

Faster intake, AI-led recruitment and tighter safeguards agreed to cut worker fees, curb intermediaries and improve transparency

Mutiara LRT project kicks off as Penang’s six-year construction timeline begins

SRS Consortium receives notice to proceed with first civil works; RM13 billion project slated for completion by 2031

◉ Related