HEADLINES

‘Saya yang cadangkan potongan gaji kepada peminjam PTPTN’: Wan Saiful

Wan Saiful turut menggesa agar PTPTN diletakkan di bawah Kementerian Kewangan, berbanding Kementerian Pendidikan Tinggi ketika ini

4:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa skim potongan gaji untuk peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah cadangannya kira-kira lima tahun lalu dan kini kerajaan bercadang melaksanakan skim tersebut.

Beliau yang juga bekas pengerusi PTPTN berkata, cadangan itu diusulkan pada 5 Disember 2018 namun ketika itu ia mendapat bantahan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Jelasnya, alasan yang diberikan pada masa itu adalah cadangan tersebut akan membebankan peminjam PTPTN.

“Saya merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri mengenai mekanisme bayaran balik PTPTN melalui potongan gaji pada 23 Oktober 2023 dan saya nak imbas kembali, pada 5 Disember 2018 ketika itu saya jadi pengerusi PTPTN, saya telah buat pengumuman mengenai skim potongan gaji berjadual.

“Yang jelas pada masa itu, Anwar dan Akmal memberi tekanan kepada saya kerana mereka tidak bersetuju dengan skim potongan gaji yang saya umumkan kerana katanya ia tidak popular, bukan tidak bagus.

“Hari ini mereka sendiri yang mengulangi cadangan yang pernah saya bawa lima tahun lalu,” katanya pada dalam sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Pada 23 Oktober lalu, Anwar berkata cadangan untuk memperkenalkan kaedah pembayaran balik PTPTN melalui potongan gaji secara automatik dilihat sebagai satu cadangan praktikal dan tidak membebankan peminjam.

Kaedah yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Menyemak dan Mengkaji Semula Dasar Pendidikan Tinggi Nasional (NRC) itu berdasarkan Income Contingent Loan (ICL) yang akan dilaksanakan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Dalam pada itu, Wan Saiful turut menggesa agar PTPTN diletakkan di bawah Kementerian Kewangan, berbanding Kementerian Pendidikan Tinggi ketika ini.

Ini kerana, ujar beliau, PTPTN adalah agensi kewangan dan seharusnya diurus tadbir oleh pihak berkaitan. – 30 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Singaporean mum in uphill battle in Johor shariah court after ex-husband abducts son

Daylin Limonte Alvarez faces complex legal hurdles in getting Malaysian Islamic court to enforce child custody order granted by republic

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related