◉ HEADLINES

Sekadar menang tipis, apalah yang hendak Jemin banggakan sangat?, soal Diva AA

Apalah sangat setakat kemenangan yang ‘ciput’ itu sedangkan dengan nama dan pengaruhnya yang cukup besar dah gah itu, dia boleh meninggalkan Juwairiya lebih jauh

12:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengacara sensasi Azwan Ali atau Diva AA tidak teruja dengan kemenangan abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang berjaya menawan semula DUN Hulu Kelang selepas menewaskan pencabarnya Juwairiya Zulkifli dengan majoriti sebanyak 1,617 undi, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam.

Azmin, yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor berjaya meraih undi sebanyak 25,597 menewaskan Juwairiya, iaitu Timbalan Ketua Wanita PKR yang memperoleh 23,980 undi.

Mengulas lanjut, Diva AA mempersoalkan kejayaan Azmin itu sedangkan ia boleh dianggap sebagai kemenangan tipis.

“Apalah sangat dengan kemenangannya itu? Kau kata hari tu nak jadi Menteri Besar. Kau kata hari tu kau nak jatuhkan PMX. Mana kisahnya?

“Apalah sangat setakat kemenangan yang ‘ciput’ itu sedangkan dengan nama dan pengaruhnya yang cukup besar dah gah itu, dia boleh meninggalkan Juwairiya itu dengan lebih jauh.

“Setakat seribu lebih, kemenangan yang sebenarnya bagi Diva AA adalah pada Juwairiya walaupun secara rasmi dia kalah. Padahal Juwairiya adalah orang baru di kawasan berkenaan.

“Kemenangan tipis Azmin harus membuka mata masyarakat di Hulu Kelang. Apatah lagi dia bertanding dengan calon yang orang pun baru nak kenal,” katanya kepada Scoop.

Diva AA turut memuji pengundi di Hulu Kelang yang mengundi Juwairiya untuk memilih beliau sebagai wakil rakyat di DUN berkenaan. Juwairiya adalah bekas Adun Bukit Melawati.

“Kepada semua penyokong Azmin yang Diva AA gelarkan ‘sempudal’ yang memangkah dia supaya dia menang, betapa bodohnya engkau.

“Sedangkan orang yang kau pangkah itu terpalit dengan seribu satu kontroversi. Dah takde calon lain ke? Aku tak kisah siapa pun yang engkau nak undi. Tapi, undilah orang yang berkaliber.

“Bukan dengan calon yang terpaling dengan kontroversi yang hingga kini tidak terjawab. Bukan saya dengki kat dia. Tapi itu adalah fakta,” katanya.

Sebelum ini, dalam video wawancaranya yang viral bersama media, Diva AA meramalkan persaingan sengit antara Azmin dengan Juwairiya dan ternyata apa yang dijangkakan itu menjadi kenyataan. – 13 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related