HEADLINES

Speaker DUN Sarawak akan maklumkan SPR kekosongan kerusi N67 Jepak

11:32 PM MYT

 

KUCHING – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar akan memaklumkan kekosongan di kerusi N67 Jepak kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) susulan kematian penyandangnya Datuk Talib Zulpilip hari ini.

Timbalan Speaker DUN Sarawak Datuk Idris Buang berkata sebagaimana yang diperuntuk dalam Perlembagaan Negeri Sarawak, adalah menjadi tanggungjawab Mohamad Asfia mengemukakan notis kepada SPR tentang kekosongan itu.

“Speaker selepas ini akan memberitahu pihak SPR agar pihak SPR mengeluarkan perintah dan writ untuk pilihan raya kecil (PRK)) kerana kita ada lebih kurang tiga tahun lagi hayat DUN,” katanya kepada pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham di Pusat Perubatan Normah di sini malam ini.

Beliau berkata Perlembagaan Negeri Sarawak mengkehendaki PRK diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh notis kekosongan dimaklumkan kepada SPR.

Talib, 72, menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira 5.50 petang tadi ekoran komplikasi buah pinggang setelah dimasukkan ke pusat perubatan itu semalam.

Allahyarham adalah penyandang kerusi DUN Jepak di bawah Parlimen Bintulu selama enam penggal sejak 1996.

Pada 2009, beliau dilantik sebagai Menteri Muda Pelancongan dan Warisan Sarawak dan pernah menyandang jawatan Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Sarawak. – 15 September, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

China break up Olympic champions to groom future stars

Olympic gold medallist Jia Yi Fan now partners Zhang Shu Xian in a bold move to mentor rising talent, as China strengthen their grip on women’s doubles badminton

Petronas and Petros: a tale of smiles in public, discord in court

Behind a façade of harmony, a legal feud brews over Sarawak’s gas monopoly 

Related