◉ HEADLINES

Suspek pecah rumah meninggal dunia, polis tahan tuan rumah dan tiga yang lain

Suspek, yang memiliki dua rekod kesalahan lampau berkaitan kesalahan jenayah dan dadah, cedera di muka dan kepala

5:57 PM MYT

 

KOTA BHARU – Seorang penganggur yang dipercayai terlibat dalam kes mengumpil tingkap sebuah rumah Kampung Belukar, Tapang, di sini 20 Ogos lepas, meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Rosdi Daud berkata susulan itu pihaknya menahan tuan rumah serta tiga lelaki lain yang berusia antara 30-an hingga 50-an untuk membantu siasatan.

Beliau berkata kesemua mereka direman tujuh hari mulai hari ini untuk siasatan lanjut mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kejadian berlaku pada 3 pagi, semasa tangkapan hendak dibuat, suspek yang berusia 30-an telah bertindak agresif dengan menggunakan senjata sebilah pisau dan telah berlaku pergelutan antara lelaki dengan pengadu (tuan rumah) serta penduduk kampung, namun suspek berjaya ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Suspek, yang memiliki dua rekod kesalahan lampau berkaitan kesalahan jenayah dan dadah, mengalami kecederaan pada bahagian muka dan kepala serta dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, katanya.

“Namun pihak hospital telah mengesahkan suspek telah meninggal dunia semasa menerima rawatan pada Khamis lalu (24 Ogos),” katanya. 

Beliau berkata saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan atau boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes ASP Wan Mahani bt Wan Mansor di talian 019-8336423 atau 09-7752200 atau mana-mana balai polis berhampiran. – 26 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related