HEADLINES

Syahir dikritik muat naik status ‘perli’ kemenangan PH, ‘sudahlah YB, nak sedapkan hati sendiri kan?’

Warga maya menyifatkan Syahir sepatutnya menerima kekalahan itu dengan reda kerana ia adalah pilihan pengundi

2:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman dikritik seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan atas kekalahan Perikatan Nasional (PN) di kedua-dua kerusi ditandingi gabungan itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK), iaitu Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, semalam.

Ia susulan tindakan beliau memuat naik hantaran seolah-olah pengundi di kawasan berkenaan memberikan undi kepada Pakatan Harapan kerana ‘taksub’ dan ‘takut’.

Katanya, pengundi yang memilih PN pula adalah golongan pemilih atas pagar yang mempunyai kesedaran dan mahukan kestabilan.

“Undi PH = Ketaksuban (Tegar) + Ketakutan. Undi PN = Kesedaran (Atas Pagar) + Kestabilan,” tulisnya.

Malah, beliau yang juga Setiausaha Politik Presiden PAS itu turut menulis ayat dipercayai bermaksud walaupun meraih kemenangan, undi diterima PH semakin merosot dan undi diperoleh PN bertambah meskipun kalah.

“Yang menang, semakin merosot. Yang kalah, semakin meningkat. Teruskan perjalanan,” katanya.

Menerusi komen warga maya, mereka menyifatkan Mohd Syahir sepatutnya menerima kekalahan itu dengan reda kerana ia adalah pilihan pengundi, selain meminta beliau tidak mengeluarkan kenyataan hanya untuk ‘menyedapkan hati sendiri’.

“Kalau orang ada nilai sikit je dalam hati, akan reda semua berlaku atas izin Allah. Bukan komen cakap nak sedapkan hati…,” kata Puteri.

“YB Syahir pun nampak meroyan juga…,” tulis seorang pengguna.

“Dah dah dah dah, yang sudah itu sudah,” kata Syuaib.

“Memandai-mandai je buat konklusi sendiri,” ujar Ashraf.

“Nak sedapkan hati kan,” kata Nass.

“Stabil apa tak tahu PN ni. Hahaha gila stabil,” respon seorang pengguna.

Ada segelintir pengguna pula menjadikan hantaran pemimpin itu sebagai bahan jenaka.

“Sekalung tahniah kepada PN di atas kejayaan menewaskan calon Bebas,” kata Tommy.

“PN macam Man U (Manchester United) juga kan YB, kalah macam-macam alasan,” sindir Ezat.

Dalam keputusan semalam, Suhaizan memperoleh 48,283 undi, menewaskan calon Zulkifli Jaafar daripada PN yang meraih 29,642 undi dan calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi hanya mendapat 528 undi, sekali gus hilang wang pertaruhan.

Kemenangan itu menyaksikan Suhaizan berjaya menamatkan ‘kemarau’ penantian untuk menjadi wakil rakyat selepas tewas enam kali pada pilihan raya sebelum ini.

Manakala, Nazri memenangi kerusi DUN Simpang Jeram dengan majoriti 3,514 undi.

Timbalan Ketua Amanah Bakri itu, memperoleh 13,844 undi, menewaskan Dr Mohd Mazri Yahya daripada PN yang menerima 10,330 undi dan calon Bebas, S Jeganathan hanya memperoleh 311 undi, dengan turut hilang wang pertaruhan. – 10 September, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas and Petros: a tale of smiles in public, discord in court

Behind a façade of harmony, a legal feud brews over Sarawak’s gas monopoly 

Consumer group slams 900% vape tax proposal as ‘illogical and self-defeating’

The Malaysian Organisation of Vape Entity (MOVE) warns that the Health Ministry’s plan to hike vape liquid tax from 40 sen to RM4 per millilitre will drive users to the black market, undermine public health goals, and punish smokers seeking safer alternatives

Related