HEADLINES

Tahap keserasian peringkat akar umbi perlukan sedikit waktu : Zahid

Selama 9 bulan bertempur dalam pertempuran sengit (PRU) namun 9 bulan lalu kita telah menyusun program bersama-sama : Zahid

10:02 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tahap keserasian di kalangan pemimpin-pemimpin parti dalam Kerajaan Perpaduan adalah tinggi namun untuk peringkat akar umbi pula ia memerlukan sedikit waktu.

Namun presiden Umno itu berharap agar rakan-rakan dalam gabungan tersebut akan bersama-sama membantu terutama dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Pulai dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di Johor.

“Walaupun sembilan bulan kita pernah bertempur dalam pertempuran sengit (Pilihan Raya Umum ke-15) namun sembilan bulan yang lalu juga kita telah menyusun program-program dalam kalangan parti gabungan Kerajaan Perpaduan,’’ katanya pada sidang media selepas mengiringi calon gabungan berkenaan, Suhaizan Kaiat bagi proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, hari ini.

Turut mengiringi calon adalah Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu, Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta beberapa pemimpin Kerajaan Perpaduan.

Mengulas mengenai PRK ini, Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata beliau mempunyai keyakinan yang kuat dan bersedia untuk berdepan PRK itu apatah lagi Ketua Bahagian Umno Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed mempunyai hubungan rapat dengan rakan parti dalam PH.

Malah, katanya, penyandang kerusi berkenaan, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sendiri sentiasa menyantuni rakan-rakan BN.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari ini sebagai penamaan calon bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Rejam manakala pengundian awal pada 5 September manakala hari mengundi pada 9 September ini. – 26 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related