◉ HEADLINES

Takiyuddin pertahan Hadi, PAS hanya tolak orang bukan Islam yang ekstrem

Tegasnya, tidak timbul soal 'hari ini cakap lain, esok cakap lain', kerana PAS pernah menjalin kerjasama dengan parti bukan Islam termasuk DAP sebelum ini

12:53 PM MYT

 

SHAH ALAM – PAS hanya tidak boleh menerima golongan bukan Islam yang ekstrem termasuk parti politik yang mengambil pendekatan seumpama itu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, PAS tidak pernah mengenepikan, malah sentiasa mengiktiraf kehadiran sokongan pengundi bukan Islam selama ini.

“Kita perlu jelaskan, Presiden PAS, Tan Seri Abdul Hadi Awang tidak pernah mengenepikan, sebaliknya mengiktiraf kehadiran orang bukan Islam.

“Kalau dengar ucapan Presiden, kita tiada masalah dengan rakyat bukan Islam tidak ekstrem, tapi yang ekstrem untuk kita bekerjasama itu tidak boleh, contohnya parti politik yang mengambil sikap sedemikian,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Takiyuddin (paling kanan) ketika Sidang Media Muktamar Tahunan PAS ke-69 bersama Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang (tengah) di IDCC, Shah Alam. – Gambar Alif Omar, 21 Oktober, 2023

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, yang mengkritik Hadi sebagai tidak konsisten dalam tindakannya apabila mengarahkan ahli PAS untuk menarik undi bukan Islam menerusi ucapannya dalam Muktamar Tahunan PAS.

Menurutnya, tindakan Presiden PAS itu ibarat hari ini cakap lain, esok cakap lain kerana menagih undi bukan Islam yang sebelum ini dilabelkan beliau sebagai perosak negara.

Takiyuddin menegaskan, tidak timbul soal ‘hari ini cakap lain, esok cakap lain’, kerana PAS pernah menjalin kerjasama dengan parti bukan Islam termasuk DAP melalui Pakatan Rakyat sebelum ini dan Gerakan dalam Perikatan Nasional (PN) ketika ini.

“Sejak dulu lagi, banyak kerjasama PAS dengan masyarakat bukan Islam, termasuk dalam Majlis Perundingan Orang Cina (CCC), kita pernah berada bersama DAP, kita punya hubungan baik dengan MCA serta MIC.

“Hari ini cakap lain, esok cakap lain itu parti lain. Ia bukan secara lisan namun juga sudah didokumentasikan janji itu, tapi tidak dilaksanakan selepas menjadi kerajaan,” katanya. – 21 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Will MIDA be the endgame for Malaysia’s Indian community? – Ravindran Raman Kutty

Writer dissects landmark report exposing deep-rooted structural exclusion facing the community, urging urgent reforms not just for upliftment but for national progress

◉ Related