HEADLINES

Tangani perbezaan dengan baik, jangan sampai tahap berpecah: Anwar

Generasi baharu Malaysia-Indonesia harus ada kematangan dan kedewasaan kerana ia memberi faedah besar kepada kedua negara

7:27 AM MYT

 

JAKARTA – Kesatuan hidup berbudaya, semangat kecintaan, kematangan dan kedewasaan harus menjadi naratif bagi generasi baharu Malaysia dan Indonesia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata generasi baharu kedua-dua negara perlu bijak mencari titik persamaan dan menghindari perbezaan.

Bagaimanapun Anwar berkata perbezaan merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan, namun perlu ditangani dengan baik agar ia tidak sampai ke suatu tahap yang boleh menyebabkan perpecahan antara masyarakat kedua-dua negara.

“Harus ada kematangan dan kedewasaan, kerana ia akan memberi faedah besar kepada Malaysia dan Indonesia,” katanya pada Program Temu Anwar di sini malam tadi.

Anwar berkata masyarakat di kedua-dua negara secara umumnya tiada masalah, sehingga sesuatu konflik timbul daripada ahli politik picisan yang tidak berfikir panjang.

“Hal-hal kecil diperbesarkan untuk meraih sokongan, sedangkan masyarakat di rantau ini memiliki sejarah yang sama tetapi terpisah disebabkan penjajahan Portugis, Belanda dan Inggeris.

“Jadi mengapa kita ambil sikap rendah akal budi dan memadamkan sejarah semata-mata untuk kepentingan kecil,” katanya.

Anwar mengimbau beberapa peristiwa seperti persengketaan lagu Rasa Sayange, meskipun ia berasal dari rantau Melayu, begitu juga dengan batik yang memiliki keindahan dan kelainan.

“Justeru kalau ada minat untuk membincangkan soal persatuan hidup berbudaya, soal nilai itu penting iaitu kemanusiaan, kasih sayang, ihsan dan rahmah. Tetapi itulah nilai-nilai kemanusiaan yang kita tinggalkan,” katanya.

Menyentuh isu Tenaga Kerja Indonesia (TKI) di Malaysia, sebagai Perdana Menteri, beliau mengakui wujud kelemahan di beberapa kes yang mana TKI didera tetapi tindakan tegas diambil.

“Tetapi janganlah ini dianggap mewakili semua orang di Malaysia,” katanya sambil menambah, kes yang berlaku sama ada melibatkan warga Malaysia atau Indonesia, harus melalui proses undang-undang.

Anwar turut meyokong hasrat pempengaruh Indonesia yang mencadangkan agar diadakan program sports entertainment dengan pempengaruh Malaysia.

“Saya dukung hasrat ini dan saya fikir harus jadi naratif baharu generasi baharu Malaysia-Indonesia,” katanya.

Temu Anwar merupakan program dialog anak muda bersama Perdana Menteri yang julung kali diadakan di luar negara.

Program berkenaan diadakan sempena rangka lawatan beliau ke Jakarta bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 yang berlangsung di Jakarta dari Selasa hingga Khamis ini (7 September). – 6 September, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas and Petros: a tale of smiles in public, discord in court

Behind a façade of harmony, a legal feud brews over Sarawak’s gas monopoly 

Consumer group slams 900% vape tax proposal as ‘illogical and self-defeating’

The Malaysian Organisation of Vape Entity (MOVE) warns that the Health Ministry’s plan to hike vape liquid tax from 40 sen to RM4 per millilitre will drive users to the black market, undermine public health goals, and punish smokers seeking safer alternatives

Related