HEADLINES

Terlibat aktiviti pengintipan, pelajar warga Malaysia ditahan di Norway

Walaupun lelaki itu berasal dari Malaysia, namun tindakannya itu tiada kaitan dengan negara ini

10:05 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar Malaysia berusia 25 tahun ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kesalahan pengintipan dengan melakukan aktiviti risikan isyarat di Norway, termasuk penyadapan wayar (wiretapping).

Individu itu bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut, lapor portal The Nordic Page.

Suspek ditahan Perkhidmatan Perisikan Norway (PST) pada petang Jumaat lalu.

Walaupun lelaki itu berasal dari Malaysia, namun tindakannya itu tiada kaitan dengan negara ini.

Menurut pihak berkuasa, bukti menunjukkan kereta sewa suspek dirakam pada kamera pengawasan semasa penilaian isyarat dijalankan berhampiran lokasi penting, termasuk kuarters kerajaan, pejabat Perdana Menteri, dan Kementerian Pertahanan Norway.

Peguam polis di PST, Thomas Fredrik Blom memaklumkan, siasatan itu masih diperingkat awal untuk mengumpul bukti.

Suspek yang merupakan pelajar yang tidak mendaftar di institusi pendidikan Norway, hanya berada di negara itu untuk tempoh singkat.

Dia yang ditangkap pada 8 September lalu, akan ditahan selama empat minggu dengan dua minggu pertama dalam pengasingan.

Polis turut merampas pelbagai alat pembawa data dan barangan elektronik daripada suspek yang akan menjalani siasatan lanjut.

Pertuduhan terhadapnya adalah berdasarkan Seksyen 121 Kanun Jenayah, yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun bagi individu yang mengumpul atau memiliki maklumat rahsia yang boleh membahayakan kepentingan asas negara.

Pihak berkuasa mengesyaki mungkin terdapat lebih ramai individu yang terlibat dalam kes itu.

Disebabkan potensi risiko pengubahan bukti, polis berhati-hati dalam mendedahkan butiran lanjut tentang siasatan yang sedang dijalankan.

Suspek juga enggan memberikan sebarang kenyataan kepada PST dan peguam belanya, Aase Karin Sigmond menjelaskan, anak guamnya tidak sihat susulan penahanan yang disifatkan sebagai dramatik. – 12 September, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related