HEADLINES

TNB diminta kemuka pelan pembangunan grid bagi integrasi TBB lebih tinggi: Nik Nazmi

Pelan hala tuju ini menjadi panduan teknikal dalam peningkatan serta menambah baik pelaksanaan dasar dan inisiatif tenaga lestari

12:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah meminta Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk mengemukakan pelan hala tuju pembangunan grid untuk integrasi tenaga boleh baharu (TBB) yang lebih tinggi sebagai panduan teknikal dalam peningkatan serta menambah baik pelaksanaan dasar dan inisiatif tenaga lestari. 

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata aspek itu perlu mengambil kira pengembangan kenderaan elektrik dan pusat data, integrasi kuasa rentas sempadan dan penggunaan projek TBB yang lebih meluas, termasuk sepertimana yang diumumkan di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

“Saya dimaklumkan bahawa prestasi sistem grid semasa TNB adalah setanding dengan negara-negara maju iaitu dengan 0.18 Minit Sistem dan SAIDI (Indeks Purata Tempoh Gangguan Sistem) selama 45.06 minit.

“Bagi memastikan kita terus kekal maju, penambahbaikan selanjutnya terhadap sistem grid bagi kemudahan peralihan tenaga yang disasarkan, adalah wajar,” katanya dalam ucapan pada hari kedua Persidangan Peralihan Tenaga 2023 anjuran TNB di sini, hari ini.

Nik Nazmi berkata, kerajaan Malaysia juga telah melaksanakan langkah penting dalam usaha meningkatkan dasar serta struktur kawal selia di samping memupuk ekosistem komprehensif untuk mempercepat aspek peralihan tenaga tersebut.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa usaha transformasi penting pengeluaran dan penggunaan tenaga tersebut adalah sesuatu yang masih diperlukan.

“Ini melibatkan pelaburan besar dalam pembangunan, pengukuhan serta pemodenan grid tersebut. Malah, dianggarkan RM180 bilion diperlukan sehingga 2050 untuk menampung usaha membangunkan grid yang kukuh serta fleksibel ini,” katanya. – 29 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related