◉ HEADLINES

Usah gelojoh kritik Zahid, ‘YB, Muhyiddin pun pernah buat perkara sama’

Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut pernah mengumumkan peruntukan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai

3:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Umno mengingatkan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar tidak terlalu gelojoh mengkritik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ketua Umno Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, kedua-dua pemimpin itu ketika menjadi kerajaan pernah melakukan perkara sama seperti Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno, iaitu memberi peruntukan ketika pilihan raya.

Menurutnya, Syed Saddiq sewaktu memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan pernah mengumumkan peruntukan RM4 juta untuk menaiktaraf Pusat Sukan Tanjung Piai, sebulan selepas kekosongan kerusi Parlimen itu pada 21 September 2021.

“Bukan ke itu pun dikira ‘menormalisasikan’ rasuah melalui peruntukan kerajaan menjelang pilihanraya?

“Lain kali jangan gelojoh sangat wahai anak muda. Jangan rasa diri tu mulia dan baik sangat padahal YB pun pernah buat benda sama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, Nur Jazlan berkata, Tuan Ibrahim seolah-olah lupa Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga mantan Perdana Menteri pernah memberikan peruntukan ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

“Muhyiddin pernah buat benda serupa macam Zahid cuma Muhyiddin ini lagi teruk. Ketika tempoh kempen PRN Sabah, boleh pula dia serahkan replika cek bantuan lebih RM60 juta di program yang ada calon PN Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias.

“Eh pak lebai rasa benda tu tak nampak macam beri rasuah secara terang-terang ke? Atau pak lebai boleh pula halalkan perbuatan serupa itu sebab Muhyiddin rakan seperjuangan?” soalnya.

Nur Jazlan yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno berkata, tidak menjadi kesalahan untuk Zahid mengumumkan peruntukan RM100,000 kepada Persatuan Belia Gabungan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), selain RM250,000 untuk Majlis Belia Terengganu dan RM200,000 bagi persatuan permotoran di negeri tersebut.

Tegasnya, tindakan itu dilakukan atas kapasitinya sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

“Lagipun Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki sudah jawab. Agensi anti rasuah itu menyifatkan pemberian geran tersebut tiada unsur rasuah kerana ia adalah sebagai peruntukan Persekutuan,” katanya. – 31 Julai, 2023

Topics

 

◉ Hangat

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related