◉ HEADLINES

Zainal akui sudah berpisah secara damai dengan Fyna Jebat

Zainal mengaku ada bertemu dengan Fyna baru-baru ini tapi untuk menyelesaikan beberapa masalah

3:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Bekas pemain bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan, 62, mengesahkan beliau sudah pun bercerai dengan Fyna Jebat, yang juga adik kepada penyanyi Aida Jebat.

“Kita dah berpisah dengan cara damai,” katanya menerusi wawancara dalam sebuah program sukan yang disiarkan Astro Arena.

Bagaimanapun Zainal juga mengakui ada bertemu dengan Fyna, baru-baru ini.

“Memang itu saya. Saya jumpa bekas isteri. Pergi makan untuk berjumpa dan selesaikan beberapa masalah,” katanya menjawab pertanyaan tentang sebuah video TikTok yang tular.

Dalam video berkenaan, kelihatan Zainal sedang menikmati makanan bersama seorang wanita yang dipercayai Fyna.

Sebelum itu, kisah perkahwinan Fyna atau nama sebenarnya, Nur Syafinaz Jebat dengan Zainal, pada Januari lalu meraih perhatian kerana perbezaan usia mereka dan statusnya sebagai isteri kedua.

Namun, pada Mei lalu, anak perempuan Zainal iaitu Zahira Asiyah memaklumkan bapanya dan Fyna sudah pun berpisah melalui media sosial. – 22 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related