B40 lebih mudah terkesan dengan penyusutan nilai ringgit, 35.4% perbelanjaan untuk makanan minuman

Kerajaan peka bahawa penurunan nilai ringgit akan meningkatkan kos urus niaga import dan mengurangkan pendapatan boleh guna dan simpanan isi rumah

11:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan memahami isi rumah khususnya golongan B40 lebih terdedah kepada penyusutan nilai ringgit disebabkan oleh bahagian perbelanjaan mereka yang lebih besar untuk makanan dan minuman.

Menurut Kementerian Kewangan (MOF), ia merangkumi 35.4 % daripada jumlah perbelanjaan bulanan golongan tersebut.

“Kerajaan mengakui impak penyusutan nilai ringgit adalah lebih tinggi terhadap barangan import, termasuk makanan yang merangkumi daging dan tenusu, ikan serta makanan laut, buah-buahan dan sayur-sayuran.

“Keadaan ini menyebabkan golongan ini lebih sensitif kepada pergerakan kadar pertukaran disebabkan kandungan import yang lebih tinggi,” kata kementerian tersebut dalam jawapan bertulis di Parlimen hari ini.

Datuk Larry Sng Wei Shien (Julau- PBM) ingin mengetahui impak dan kesan penurunan nilai mata wang ringgit sepanjang tahun terhadap prestasi ekonomi negara khususnya pendapatan isi rumah dan sektor pengilang.

Mengulas lanjut, katanya, berdasarkan harga komoditi global yang menyederhana, ia sedikit sebanyak membendung sebahagian kesan penurunan nilai ringgit terhadap inflasi.

Tambahnya, kerajaan peka bahawa penurunan nilai ringgit akan meningkatkan kos urus niaga import dan mengurangkan pendapatan boleh guna dan simpanan isi rumah.

“Berdasarkan analisa yang dijalankan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), penurunan sebanyak 5% dalam kadar pertukaran ringgit berbanding dengan dolar Amerika Syarikat (USD) dikaitkan dengan kenaikan sekitar 0.2 mata peratusan secara purata dalam Indeks Harga Pengguna (IHP).

“Namun, impak penyusutan nilai ringgit terhadap IHP adalah terkawal,” kata MOF. – 18 Mac, 2024

Topics

Hangat

Leave us alone: Loh Siew Hong tells MAIPs after 4-year battle ends in court win

She expresses relief after Federal Court threw out Perlis religious authorities' bid to uphold her children's unilateral conversion to Islam

Several areas in Selangor, KL to prepare for scheduled water cuts early June

Works at SSP1 WTP will start 9am on June 5 and expected to conclude 7pm same day, with restoration done in stages from 3am June 6

[UPDATED] Perlis religious authorities fail in its bid to reinstate Loh Siew Hong’s children as Muslims

Unanimous decision by the bench led by chief justice upholds appellate court's ruling

Related