HEADLINES

ASNB umum agihan pendapatan ASM 3 sebanyak RM896 juta

Pengagihan pendapatan itu dijangka memberi manfaat kepada 717,446 pemegang unit ASM 3 yang kini memiliki 19.16 bilion unit

3:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat  milik Permodalan Nasional Bhd (PNB), mengumumkan pengagihan pendapatan berjumlah RM896.01 juta bagi dana harga tetapnya,  Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3) bagi tahun kewangan berakhir 30 Sept, 2025.

Pengagihan pendapatan itu dijangka memberi manfaat kepada 717,446 pemegang unit ASM 3 yang kini memiliki 19.16 bilion unit.

Dalam satu kenyataan hari ini, PNB berkata pengagihan 4.75 sen seunit itu mencerminkan keupayaan dana untuk mengekalkan tahap dividen yang sama dengan tahun kewangan sebelumnya, sekali gus mengukuhkan keyakinan pelabur terhadap prestasi dan kestabilan dana berkenaan.

Dana ini juga telah mengatasi penanda aras pulangan Deposit Tetap 12 Bulan Maybank sebanyak 2.40 peratus dengan 235 mata asas bagi tahun kewangan sehingga 24 Sept, 2025.

“Pencapaian kukuh ini amat ketara di sebalik keadaan pasaran domestik yang mencabar, dengan FBMKLCI masih mencatatkan prestasi negatif setakat tahun ini. Walaupun berdepan dengan ketidaktentuan pasaran, ASM 3 kekal berdaya tahan dan terus memberikan pulangan yang konsisten, sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam situasi yang tidak menentu.

“Pendapatan ASM 3 diperoleh daripada keuntungan direalisasikan, pendapatan dividen dan sumber pendapatan lain daripada pelaburan domestik dan antarabangsa,” kata PNB.

Menurut PNB, ASM 3 telah memberikan pulangan yang sangat baik kepada para pemegang unit bagi tahun kewangan ini, mencerminkan kekuatan pendekatan pelaburan berdisiplin dan strategi jangka panjang PNB.

Prestasi dana ini disokong oleh pempelbagaian aset yang berterusan, dengan peningkatan pendedahan kepada instrumen pendapatan tetap yang menawarkan kestabilan dan pulangan konsisten.

Pengiraan pengagihan pendapatan untuk ASM 3 adalah berdasarkan purata baki bulanan minimum yang dipegang sepanjang tahun kewangan dana tersebut, dan dilaburkan semula secara automatik sebagai unit tambahan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Okt, 2025.

Sementara itu, urus niaga ASM 3 di semua cawangan dan ejen ASNB, termasuk semua saluran dalam talian dan perbankan internet ditangguhkan buat sementara waktu dari 28 hingga 30 Sept, 2025.

Pemegang unit boleh melakukan semula urus niaga di portal myASNB (www.myasnb.com.my), atau melalui aplikasi mudah alih myASNB, atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara bermula 1 Okt, 2025.

Topics

 

Popular

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Govt to raise alcohol excise duty by 10% from November 2025, tobacco taxes also up: Anwar

Prime Minister says the move, announced under Budget 2026, aims to promote healthier lifestyles and reduce access to alcohol and tobacco, with additional revenue channelled to the Health Ministry

Will MIDA be the endgame for Malaysia’s Indian community? – Ravindran Raman Kutty

Writer dissects landmark report exposing deep-rooted structural exclusion facing the community, urging urgent reforms not just for upliftment but for national progress

Related