◉ HEADLINES

CIMB nafi rancangan penswastaan unit Indonesia CIMB Niaga

CIMB Group menafikan sebarang cadangan rasmi bagi menswastakan anak syarikat perbankannya di Indonesia, PT Bank CIMB Niaga Tbk.

12:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – CIMB Group Holdings Bhd hari ini menafikan rancangan pihaknya untuk menswastakan anak syarikat perbankannya di Indonesia, PT Bank CIMB Niaga Tbk.

Dalam satu kenyataan, kumpulan itu berkata tiada keputusan dibuat berhubung rancangan itu dan tiada cadangan rasmi dikemukakan berhubung kemungkinan penswastaan CIMB Niaga.

Unit yang dimiliki sebanyak 92.5 peratus itu kekal sebagai bahagian penting dalam rangkaian operasi serantau kumpulan berkenaan, yang turut komited terhadap operasinya di Indonesia.

“Kumpulan akan terus mematuhi semua garis panduan kawal selia yang terpakai, termasuk keperluan minimum pegangan awam, mengikut tempoh yang ditetapkan dan secara terancang,” menurut kenyataan itu.

Dalam nota penyelidikan CIMB Investment Bank Bhd semalam, dinyatakan bahawa CIMB Group sedang mempergiat usaha untuk meneroka kemungkinan penyahsenaraian CIMB Niaga serta merancang untuk mengadakan perbincangan dengan pengawal selia berhubung perkara itu.

Bank pelaburan itu berkata langkah berkenaan didorong oleh pandangan CIMB bahawa CIMB Niaga masih dinilai rendah, selain prospek jangka panjang yang positif terhadap Indonesia, khususnya berdasarkan kekuatan Niaga dalam pengurusan kekayaan, perbankan korporat, hubungan serantau ASEAN, perbankan untuk golongan berkemampuan sederhana tinggi serta perbankan Islam. – 22 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Bangsar bars warn of 20% price hike as new alcohol tax looms

Bar owners say the upcoming 10% excise duty under Budget 2026 could squeeze margins, drive drinkers to cheaper alternatives, and push small operators to the brink

More than 100 Foodpanda riders protest over low wages at company headquarters

New Google Maps-based system forces riders to make more deliveries to make ends meet

House arrests been granted before so don’t pull wool over our eyes: Shafee

Datuk Seri Najib Razak's lawyer points to precedent in Kenneth Lee's murder case, provisions in Prisons Act

◉ Related