Yuran transaksi bukan tunai adalah tindakan pemain dominan sektor perbankan

Difahamkan pihak BNM bersama bank tempatan lain telah menubuhkan platform PayNet untuk menawarkan perkhidmatan DuitNow

8:07 PM MYT

 

WALAUPUN pihak Bank Negara Malaysia (BNM) sentiasa mengaku bahawa BNM tidak mengawal sebarang caj dikenakan oleh bank, tetapi pengguna bagai tiada pilihan ke atas tindakan menetapkan caj yang terus membebankan mereka secara tidak langsung, dengan tiadanya pilihan untuk membuat bayaran bukan tunai (cashless payment) dengan kos yang membebankan peniaga kecil yang menyediakan perkhidmatan dan barangan keperluan kepada majoriti pengguna negara.

Kita harus mengimbas kembali urusan pemindahan tunai antara bank telah ditetapkan 10 sen pada suatu ketika dahulu dan kemudian dimansuhkan sama sekali yang memudahkan dan mengalakkan peniaga membuat perniagaan di talian.

Difahamkan pihak BNM bersama bank tempatan lain telah menubuhkan platform PayNet untuk menawarkan perkhidmatan DuitNow. – Gambar Bernama, 27 September, 2023

Juga harus ditegaskan bahawa kegagalan pihak bank yang terlalu selesa dengan duit mudah (easy money) dari pelbagai caj transaksi yang membuka peluang untuk pihak ketiga untuk menawarkan inovasi dompet tunai (cash wallet) yang kini pula ditawarkan oleh semua bank.

Pengendali kad tunai, Touch n Go juga gagal menerapkan pelbagai kecekapan yang kini berdepan dengan kedudukan, menjadikannya semakin tidak relevan dalan pasaran.

Juga semua bayaran bukan tunai dilarang dikenakan sebarang caj perkhidmatan ke atas pengguna oleh pedagang (merchant) tetapi urusan melibatkan agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) masih terus mengenakan pelbagai nilai caj perkhidmatan untuk membuat bayaran tanpa tunai.

Pihak manakah bertanggungjawab ke atas amalan pasaran ini?

Pihak Kesatuan Europah menguatkuasakan had caj transaksi ke atas bayaran bukan tunai 0.2 peratus untuk kad debit dan 0.3 peratus kad kredit sejak 2015.

Perkara ini telah lama diutarakan oleh pihak Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) kepada BNM.

Difahamkan pihak BNM bersama bank tempatan lain telah menubuhkan platform PayNet untuk menawarkan perkhidmatan DuitNow.

Maka penetapan kadar caj transaksi 0.25 peratus dan 0.5 peratus adalah suatu tindakan monopolistik oleh pihak PayNet.

Apakah nilai tambah diberikan oleh bank dengan mengenakan kos tambahan?

Penggunaan ATM juga dikenakan caj berbeza mengikut bank. – Gambar Scoop, 27 September, 2023

Ingat penggunaan mesin ATM tidak dikenakan sebarang caj.

Juga ada ura-ura bahawa bayaran secara pindahan tunai (cash transfer) oleh pengguna kepada peniaga akan dihalang untuk “memaksa” semua peniaga menerima bayaran menggunakan kad ataupun dompet tunai.

Memandangkan negara menghadapi cabaran pemulihan ekonomi kepada pra-pandemik, ramai peniaga kecil masih berdepan pelbagai kesulitan di pasaran dan semua bank meraih keuntungan luar biasa termasuk semasa pandemik.

Sekarang bukan masa untuk menambah beban ke atas peniaga kecil yang merupakan 97 peratus ekonomi negara yang akan terkesan majoriti pengguna.

Tambahan pula, usaha untuk menggalakkan digitalisasi akan terbantut dengan golongan rentan yang akan terkesan teruk.

Cadangan:

1. Tangguhkan sebarang caj transaksi ke atas urusan bukan tunai.

2. Semua keputusan penetapan oleh PayNet harus dirujuk kepada Jemaah Menteri terlebih dahulu.

3. Semua amalan bayaran caj perkhidmatan ke atas bayaran bukan tunai oleh pengguna, agensi kerajaan (seperti SSM), GLC (seperti PUSPAKOM), syarikat utiliti (seperti Pengurusan Air Pahang) harus dilarang seperti diputuskan oleh MAVCOM ke atas Air Asia.

4. Pendigitalan semua bentuk bayaran bukan tunai harus dipercepatkan termasuk bayaran tol, parkir dan pengangkutan awam. – 27 September, 2023

Muhammad Sha’ Ani Abdullah merupakan Setiausaha Kehormat, Pertubuhan Pengguna Ekonomi Digital Malaysia dan Ahli Majlis Tertinggi, Fomca

Topics

Popular

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related