Isu dalam negara: Tamparan hebat untuk kita – Zainul Arifin

Di sesetengah negara Islam, kejadian seperti itu boleh mencetuskan protes besar-besaran, rusuhan, keganasan dan kehilangan nyawa

10:00 AM MYT

 

HANGAT dibincangkan dan dilaporkan bahawa rangkaian kedai serbaneka, KK Mart melakukan kesilapan besar terhadap orang Melayu-Islam apabila stoking putih dengan rekaan yang menyinggung perasaan golongan itu, terjual di raknya. Ia adalah kesimpulan yang tidak memerlukan perbahasan lanjut.

Kemarahan itu jelas dan sebulat suara, namun cara mereka bertindak balas adalah berbeza, mencerminkan betapa luas dan pelbagai masyarakat itu.

Golongan dikenali Melayu-Islam ‘Bangsar Bubble’ mungkin mencadangkan untuk tidak memanjangkan isu berkenaan apabila pemilik premis KK Mart, sudah berulang kali meminta maaf dan menyatakan rasa kesal. Namun, bagi yang lain, membiarkan perkara itu begitu sahaja bukan perkara mudah kerana ia seolah-olah bermaksud bertoleransi terhadap pencabulan terhadap Islam dan mungkin membawa lebih banyak lagi isu berkaitan pada masa depan.

Segelintir orang lain akan melihat insiden itu sebagai usaha jahat untuk melemahkan agama dan bangsa mereka.

Di sesetengah negara Islam, kejadian seperti itu boleh mencetuskan protes besar-besaran, rusuhan, keganasan dan kehilangan nyawa. Terdapat beberapa contoh, seperti rusuhan berikutan penerbitan ayat ‘Satanic Versus’ oleh Salman Rusdie pada 1980-an, di mana terdapat tafsiran seni yang menghina Islam dan Nabi Muhammad (saw), atau baru-baru ini dengan karikatur nabi diterbitkan di majalah Perancis Charlie Hebdo.

Apakah sebabnya umat Islam secara terang-terangan begitu sensitif dengan isu mengenai Islam?

Mesej permohonan maaf yang tertera pada skrin TV di kaunter sebuah kedai KK Mart. – Gambar Alif Omar/Scoop, 25 Mac, 2024

Asas keimanan umat Islam termasuklah kepercayaan kepada Allah, Nabi Muhammmad (saw) dan Al-Quran. Ia harus dihormati dan tidak boleh dicemuh atau dihina. Ramai percaya ia juga adalah kewajipan umat Islam untuk melindungi dan mempertahankannya, terutama daripada orang bukan Islam..

Mengenai kemelut KK Mart, terdapat ramai orang Melayu-Islam tidak percaya ia adalah kesilapan tidak disengajakan. Walaupun ia benar, ia memerlukan usaha untuk meyakinkan mereka.

Mereka berkata, penghasilan stoking itu perlu bermula dengan siri rekaan, mendapatkan kelulusan, sehingga pembuatan dan pembungkusan di kilang sebelum sampai di KK Mart yang mana produk terbabit perlu diteliti, dibuat ulasan pasaran, pesanan pembelian serta paparan dengan seharusnya menimbulkan ‘red flag’ pada satu masa. Mungkin terdapat lebih daripada 12 langkah di sepanjang proses itu.

Sebagai contoh, ditegaskan bahawa ia akan mengambil masa berminggu atau berbulan, selain prosedur ketat untuk menyelesaikan urusan penjualan produk di KK Mart untuk mendapatkan sebotol kicap yang disusun ke raknya.

Namun, dalam kes stoking itu yang dipakai di kaki, dipijak atas permukaan kotor dan dilemparkan di sekeliling, ia sudah tentu menjadikan isu terbabit lebih buruk.

Stoking yang tertera kalimah ‘Allah’ didapati dijual di salah sebuah kedai serbaneka ternama negara. – Gambar media sosial, 25 Mac, 2024

Adakah KK Mart menganggap orang Melayu-Islam hanya sebagai pengguna, tidak berdaya untuk melihat lebih daripada itu? Adakah terdapat sesiapa ketika proses penghasilannya sehingga penjualan yang boleh mengenalpasti sesuatu yang tidak kena?

Orang bukan Islam walaupun mengakui kesalahan itu, mungkin menggaru kepala berhubung reaksi sesetengah orang Islam. Pendapat ini dikongsi segelintir orang Islam juga dengan mengatakan ‘mengapa bertindak secara berlebihan. Sudah cukup. Pemilik KK Mart hampir melutut memohon ampun. Adakah stoking menjadi ancaman kepada kesejahteraan negara kita’?

Ini bukan cubaan untuk menjadi rasional dan menjelaskan masalah yang timbul apabila ia adalah isu emosi. Anda tidak boleh menjelaskan bagaimana perasaan orang dan anda juga tidak boleh mengetepikannya. Perasaan adalah nyata.

Saya mungkin meneka dan salah pada masa sama, tetapi saya rasa ramai yang marah terhadap KK Mart apabila timbul isu lain sebelum itu yang dilihat sebagai penghinaan kepada sensitiviti Melayu-Islam. Mungkin cadangan untuk menjadikan bak kut teh sebagai hidangan warisan atau cadangan menjadikan kampung Cina sebagai tapak warisan dunia atau penolakan pindaan syariah Kelantan sebagai tidak berperlembagaan, mewarnai landskap sebelum isu KK Mart tercetus.

Jika itu berlaku, maka, sudah tentu, ini menambah ‘komponen politik’. Diakui, ketika kemelut stoking melangkaui kemarahan agama, terdapat banyak perkara politik yang perlu diambil.

Adalah salah untuk menolak kemarahan ini atau gesaan memboikot KK Mart sebagai sesuatu yang dikaitkan dengan ahli politik oportunis. Kesalahan itu berakar dalam ramai umat Islam.

Pada pandangan saya, gesaan untuk memboikot, mungkin reaksi emosi untuk mengubati luka. Walaupun seseorang itu tidak berdaya dan tidak dapat memperoleh kemahuan atau keberanian untuk melakukan lebih banyak lagi berhubung isu terbabit, tindakan tidak menyokong dan memboikot adalah perkara yang sekurang-kurangnya mampu dilakukan.

Sama seperti bagaimana pendapatan Starbucks di Malaysia terjejas susulan boikot dibuat rakyat terhadap pemegang francais AS produk itu kerana memberikan sokongan kepada Israel atas pencerobohan ke atas Gaza, saya melihat boikot ini mungkin akan menjejaskan KK Mart.

Ini, tentu saja, memalukan, kerana ia adalah rangkaian premis tempatan dengan lebih daripada 600 kedai dan mempunyai rancangan besar untuk bersaing dengan jenama antarabangsa. Jelas sekali, ia perlu berusaha untuk memenangi hati orang ramai yang marah dengan isu besar berkenaan.

Bagi kerajaan, ia memerlukan tindakan mengimbangi antara meredakan kemarahan ramai dan mengakui ketidakpuasan hati mereka, namun pada masa sama memastikan perniagaan itu mendapat sokongan diperlukan. Ia mesti dilihat sebagai ‘orang tengah’ yang jujur ketika politik melingkari mengenai isu terbabit.

Disebabkan kekurangan respon baik, perlu ada penyelesaian bagi mereka yang memboikot, dengan beberapa janji atau jaminan daripada KK Mart. Syarikat itu mesti menunjukkan bahawa ia memang sudah mengambil pengajaran daripada isu berkenaan dan saya meramalkan bahawa usaha itu mungkin memerlukan masa yang panjang dan sukar. – 25 Mac 2024

Datuk Zainul Arifin ialah Ketua Pegawai Eksekutif Big Boom Media yang menerbitkan Scoop

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Ex-Lazada top execs create support groups for retrenched staffers

Several former top executives and managers of embattled Lazada have started unofficial support groups to help recently retrenched colleagues in Southeast Asia.

‘Kucing cari Sivasutan dalam bilik hari ini,’ kata bapa mangsa nahas helikopter Lumut

‘‘Dia sangat sayangkan kucing, malah hari ini kucing naik tangga cari dia dalam bilik,’’ kata M. Thanjappan, 61 ketika menceritakan mengenai anaknya, mendiang T Sivasutan yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, semalam.

Related