HEADLINES

LRT, RTS kedua, penyelesaian lebih baik penuhi keperluan rakyat Johor — Boo Cheng Hau

Projek itu masih boleh dijalankan pada peringkat selanjutnya selepas kajian yang lebih berhemat dilakukan

2:35 PM MYT

 

PIHAK berkuasa digesa supaya mengutamakan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) dalam Zon Ekonomi Khas dan mempertimbangkan pembinaan sistem transit pantas (RTS) kedua yang menghubungkan wilayah Iskandar Puteri ke Singapura dalam jangka masa yang lebih singkat

Projek HSR KL-Singapura dianggarkan menelan belanja antara RM40 hingga 120 bilion yang memerlukan pelaburan besar daripada sektor swasta dan ia memerlukan permintaan yang tinggi untuk menyenggara operasinya.

Ia boleh dirancang secara lebih berhemat dan dilaksanakan secara berperingkat pada fasa kemudian.

Disebabkan projek HSR KL-Singapura telah dibatalkan secara unilateral oleh Malaysia dua kali, ia memerlukan masa dan usaha yang lebih komited untuk meyakinkan orang ramai dan rakan sejawatan di Singapura bagi memulihkan semula projek mega itu dalam masa terdekat.

Namun projek itu masih boleh dijalankan pada peringkat selanjutnya selepas kajian yang lebih berhemat dilakukan.

Bagaimanapun bagi meningkatkan kesalinghubungan antara Zon Ekonomi Khas (SEZ-JS) Johor-Singapura, terdapat cadangan supaya kerajaan mempertimbangkan Sistem Transit Pantas (RTS) kedua yang menghubungkan bahagian barat Singapura ke wilayah Iskandar Puteri untuk melancarkan lagi trafik sempadan di antara Johor-Singapura.

Kos bagi RTS kedua akan lebih murah dan ia boleh disiapkan dalam jangka masa yang lebih singkat berbanding dengan HSR KL-Singapura.

Ini akan meningkatkan kesalinghubungan SEZ serta merangsang pertumbuhannya dengan lebih berkesan dan segera.

Yang paling penting adalah terdapat keperluan mendesak untuk mengutamakan cadangan LRT yang perlu diwujudkan dalam jangka masa yang paling singkat bagi menghubungkan stesen RTS Bukit Chagar ke seluruh pelusuk SEZ.

Ia untuk memenuhi permintaan menyuraikan sejumlah besar penumpang dalam tempoh waktu puncak yang singkat di salah satu lintasan sempadan paling sibuk di dunia.

Dr. Boo Cheng Hau adalah bekas pengerusi DAP Johor dan kini merupakan setiausaha Publisiti DAP Taman Ungku Tun Aminah di Skudai.

Berikut adalah ucapan beliau pada majlis makan malam Tahun Baharu Cina DAP Kulai.

Topics

 

Popular

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related