HEADLINES

Mahasiswa bakal ahli politik perjuangan – Saifuddin Abdullah

Politik perjuangan punya ciri-ciri bersih dan segar, iaitu politik ilmu bukannya politik ampu, politik hikmah bukannya politik fitnah, dan politik bakti bukannya politik undi

12:00 PM MYT

 

DALAM sejarah gerakan mahasiswa negara, PBMUM antara persatuan mahasiswanya yang terpenting.

PBMUM punya bidang kebitaraannya, iaitu bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu.

PBMUM memberikan pengertian lebih luas terhadap kebudayaan, iaitu merangkumi seluruh spektrum kehidupan, iaitu sosial, ekonomi dan politik. Justeru, program-program PBMUM bersifat bersama dan untuk masyarakat, serta menuntut ditegakkan nilai-nilai seperti kebenaran, keadilan dan kemakmuran.

PBMUM menggunakan pelbagai pendekatan dan orientasi dalam melaksanakan program-programnya. PBMUM telah melahirkan ramai pemimpin, termasuk dalam politik.

Seterusnya, saya berharap PBMUM meneruskan perjuangan menegakkan universiti yang punya roh dan gedung ilmu yang menegakkan kebebasan dan kecemerlangan akademik.

PBMUM perlu memperkasa diri untuk menjadi pencetus idea di dalam dan di luar kampus, menjadi intelektual awam dan pemimpin masyarakat dalam mendepani masa depan.

Merujuk saranan Datuk Seri Hamzah Zainudin bahawa Malaysia memerlukan Konsensus Nasional Baru, saya berpendapat ini termasuk amalan Politik Baru, iaitu ‘politik perjuangan’ yang punya tiga rukun, iaitu idealisme (berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan nilai-nilai tinggi dan murni), aktivisme (kesediaan secara sukarela dan berkorban untuk merealisasikan idealismenya) dan intelektualisme (menghayati budaya ilmu dalam idealisme dan aktivisme).

Politik perjuangan punya ciri-ciri bersih dan segar, iaitu politik ilmu bukannya politik ampu, politik hikmah bukannya politik fitnah, dan politik bakti bukannya politik undi.   Justeru, saya menyeru mahasiswa menceburi politik untuk menyertai ‘politik perjuangan’. PBMUM khasnya, dan kampus amnya, mampu menjadi sekolah politik yang ampuh. – 24 Mei, 2025

Datuk Seri Saifuddin Abdullah, mantan presiden PBMUM yang menulis bersempena ulang tahun ke-70 persatuan itu, adalah Ahli Parlimen Indera Mahkota dan mantan presiden Majlis Belia Malaysia

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Commuter chaos: Thousands stranded as power outage halts LRT Kelana Jaya Line

Rush-hour blackout between Universiti and Abdullah Hukum stations leaves passengers facing major delays and packed platforms

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related