HEADLINES

PAT Bersatu medan selesaikan masalah rakyat, bukan platform mengejar cita-cita peribadi

Sepatutnya PAT kali ini digunakan oleh Bersatu untuk menunjukkan kesungguhan kita mahu mentadbir negara

2:21 PM MYT

 

NASIHAT daripada Ketua Bersatu Bahagian Ampang supaya Bersatu tidak memprovokasi mengenai isu calon Perdana Menteri perlu dipandang serius oleh semua perwakilan ke Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) pada hujung minggu ini.

Bagi saya isu siapa Perdana Menteri bukan pokoknya, asalkan bukan Anwar Ibrahim. Rakyat sedang tertekan dengan rejim kepimpinan Anwar Ibrahim. Bersatu perlu menjuarai bagi menyelesaikan isu rakyat.

Saya ada mendengar bahawa terdapat usaha menggerakkan perwakilan termasuklah perwakilan sayap-sayap untuk membawa usul mengekalkan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku calon Perdana Menteri dalam PRU16 nanti yang saya lihat secara peribadi sebagai penghinaan kepada Presiden saya oleh mereka yang masih mentah dalam Bersatu.

Kita perlu jelas bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah Presiden saya dan Presiden bagi semua ahli Parti Bersatu Malaysia. Ketaatan dan kesetiaan kami adalah kepada Presiden dan juga Parti. Jangan rosakkan Imej Tan Sri dengan membawa usul “Kekal Presiden” pada PAT kali ini yang membayangkan seolah-olah Tan Sri Muhyidin tidak mendapat sokongan jitu dari semua ahli.

Hormati pendirian Tan Sri dan Amanat beliau selaku “Abah” kita semua. Tan Sri adalah insan dan pemimpin yang berjiwa besar. Ini terbukti dengan perancangan dan amanat beliau di dalam Succession Plan yang beliau sendiri umumkan sebelum ini. Saya mohon semua ahli Bersatu hormati pendirian Presiden.

Bagi saya hanya ada dua sebab kenapa ada pihak begitu terdesak mahu membawa usul sebegini.

Kemungkinan pertama ialah mereka terdiri dari individu yang kebergantungannya kepada Tan Sri Muhyiddin atau mereka merasakan sokongan akar umbi parti kepada mereka adalah lemah. Mereka mempergunakan Tan Sri Muhyiddin semata-mata untuk memastikan kelangsungan hayat politik mereka, sebab mereka merasakan hanya Tan Sri Muhyiddin sahaja yang mahu mengangkat mereka.

Kemungkinan kedua ialah beberapa individu yang mengusahakan usul mengekalkan Tan Sri Muhyiddin ini gagal membaca “mood” parti-parti lain dalam gabungan Perikatan Nasional. Sudah beberapa kali signal diberikan bahawa PN perlukan wajah baru yang lebih segar. Bermula dari cadangan PAS supaya struktur atasan PN dirombak, sehinggalah komen-komen pemimpin parti komponen PN mengenai pilihan calon PM yang tidak menyebut nama Tan Sri Muhyiddin. Jika gagal membaca signal-signal ini, maka akan wujudlah usul-usul yang boleh memalukan Bersatu. Perjuangan kita di dalam Bersatu adalah perjuangan parti dan bukan perjuangan batang tubuh seseorang Individu.

Sepatutnya PAT kali ini digunakan oleh Bersatu untuk menunjukkan kesungguhan kita mahu mentadbir negara. Kita patut sebutkan tawaran-tawaran kita untuk Rakyat. Apa jalan penyelesaian kita terhadap masalah yang dihadapi negara. Apa rancangan kita untuk membantu rakyat.

Ketua-Ketua Bahagian Bersatu adalah benteng parti buat masa ini. Kami berjuang melestarikan dan memastikan Bahagian-Bahagian terus hidup. Kami dekat dengan ahli dan masyarakat. Kami adalah mata, telinga dan nadi di Bahagian yang lebih mengetahui dan tahu kehendak warga setempat. Kami bukan pak turut yang tiada pendirian. Kerana apa? Jawapannya mudah, kerana kami sayangkan parti dan kami mahukan Bersatu menang dengan hebat di PRU 16 nanti. Jangan direncatkan usaha dan sumbangan kami semua Ketua Ketua blBahagian Bersatu. Hargai sumbangan dan hormati institusi Ketua-Ketua Bahagian.

Jika PAT induk atau PAT sayap-sayap dipergunakan sebagai platform mengejar cita-cita peribadi, maka Bersatu akan malu kepada rakyat. Rakyat mahu kita fokus berikan penyelesaian kepada mereka, bukan tergila-gila mengejar jawatan, pangkat dan takhta. – September 2, 2025

***Muhammad Fadhli Bin Ismail adalah Ketua Bahagian Bersatu Ipoh Timor

Topics

 

Popular

Inside the Bandar Utama school tragedy: a timeline of the shocking fatal stabbing

A look at the events surrounding the stabbing of a 16-year-old student, with ongoing investigations into the suspect's motives and the role of online violence

Spotify hikes Premium subscription fees by RM1 to RM3 in Malaysia

Subscribers will face higher monthly payments across all Premium plans, effective from September

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Related