HEADLINES

Kenyataan pemimpin PN mengenai sidang kemuncak Asean Ke-47: Satu hujah yang dangkal – Sivamalar Genapathy

Setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengkritik tuduhan pembangkang yang mengabaikan prinsip diplomasi dan kepentingan negara

7:42 PM MYT

 

SAYA memandang serius kenyataan-kenyataan yang tidak bertanggungjawab yang dikeluarkan oleh pemimpin Perikatan Nasional berhubung penganjuran Sidang Kemuncak Asean ke-47.

Tindakan mereka jelas memperlihatkan kejahilan terhadap etika diplomasi antarabangsa dan menggambarkan niat politik sempit yang sanggup menggadaikan maruah negara demi kepentingan peribadi.

Kehadiran mana-mana pemimpin, termasuk Presiden Amerika Syarikat, tidak bererti Malaysia tunduk atau menyokong ideologi mereka.

Sebaliknya, ia membuktikan kemampuan Malaysia di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri untuk berinteraksi secara matang dan berprinsip.

Isu video tular yang digambarkan oleh pembangkang kononnya Perdana Menteri ‘menari’ adalah salah tafsir dan sengaja dipolitikkan untuk kepentingan pihak pembangkang.

Rakaman tersebut hanya merakam detik keramahan budaya Malaysia, di mana Perdana Menteri sekadar menyertai acara simbolik untuk memperkenalkan budaya serta hospitaliti negara kepada dunia.

Menggambarkan detik keramahan tersebut sebagai sesuatu yang menjijikkan adalah satu penghinaan kepada rakyat Malaysia sendiri, khususnya artis, penari dan pasukan kebudayaan yang mewakili wajar keharmonian negara di pentas antarabangsa.

Sidang Asean pada kali ini telah memperkukuh daya saing dan kepelbagaian ekonomi Malaysia melalui dasar ekonomi yang seimbang dan berkecuali.

Fitnah bahawa Malaysia telah menggadaikan kedaulatan ekonomi hanyalah helah dan diayah politik semput yang dimainkan oleh pembangkang untuk menakut-nakutkan rakyat serta melemahkan keyakinan pelabur.

Penganjuran Sidang Kemuncak Asean ke-47 itu sendiri merupakan bukti kecekapan Malaysia apabila menerima pengiktirafan antarabangsa terhadap tahap keselamatan, penyertaan dan organisasi yang cemerlang.

Mencari kesilapan teknikal kecil untuk dijadikan alasan mendesak peletakan jawatan seorang menteri jelas memperlihatkan politik murahan tanpa wawasan.

Kerajaan hari ini terus meneruskan tradisi diplomasi Malaysia yang berprinsip, tegas dan berwibawa. Sementara pihak pembangkang sibuk bermain dengan persepsi, kerajaan bekerja keras memastikan suara Malaysia didengar, dihormati dan disegani di pentas antarabangsa.

Diplomasi bukanlah soal siapa yang kita suka atau tidak, tetapi soal menjaga kepentingan serta maruah negara.

Mereka yang gagal memahami asas ini sebenarnya tidak layak untuk bercakap tentang kedaulatan, kerana merekalah yang mengkhianati kebijaksanaan diplomasi Malaysia. – 28 Oktober, 2025

***Sivamalar Genapathy adalah Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), dan Timbalan Setiausaha Agung Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Topics

 

Popular

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related