HEADLINES

PN stabil dan PN Pahang sedia hadapi PRU16 – Saifuddin Abdullah

Walau krisis kepimpinan melanda, PN Pahang tampil sebagai pembangkang konstruktif dan ‘kerajaan menanti’

3:10 PM MYT

 

INI keadaan di sebalik peletakan jawatan-jawatan Pengerusi PN yang diikuti Setiausaha Agungnya dan pemimpin-pemimpin Bersatu sebagai Pengerusi PN beberapa negeri. Tetapi setakat ini, pemimpin-pemimpin Bersatu yang menjadi Pengerusi PN Sabah, Melaka dan Wilayah Persekutuan tidak meletak jawatan.

Pemimpin-pemimpin Bersatu yang menjadi Timbalan Pengerusi PN negeri-negeri yang Pengerusinya pemimpin-pemimpin PAS tidak meletak jawatan. Manakala, tiada berita pemimpin-pemimpin PAS sebagai Pengerusi atau Timbalan Pengerusi PN negeri-negeri berkaitan meletak jawatan.

PN akan memilih Pengerusi barunya dalam masa terdekat.

Di Pahang, PN stabil seperti biasa. Menurut Pengerusi PN Pahang yang juga Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Pengerusinya iaitu Ketua Badan Perhubungan Negeri Bersatu Pahang Datuk Khalib Abdullah, PN Pahang sentiasa bersetia-kawan, padu dan tidak terjejas dengan peletakan-peletakan jawatan tersebut.

Sebaliknya, PN Pahang konsisten menganjurkan program-program “PN Teraju Pahang” (PTP) untuk memenangi PRU16. Program terbaru – “Hogoh Jelai” – mendapat sambutan hangat. PAS, Bersatu dan GERAKAN Pahang sentiasa bekerjasama.

Semasa menghadapi PRU15 lalu, PN Pahang berbekal dengan 1 kerusi Parlimen (daripada 14) dan 8 kerusi DUN (daripada 42) sahaja.

Keputusannya, PN Pahang berjaya memenangi 7 kerusi Parlimen dan 17 kerusi DUN. BN menang 17 DUN. PH menang 8 DUN. PN kekurangan 5 kerusi sahaja untuk membentuk kerajaan negeri.

Justeru, PTP dalam PRU16 mampu direalisasikan!

Selepas PRU15, PN telah berunding dengan BN bagi bersama-sama membentuk kerajaan negeri Pahang. Tetapi, BN memilih untuk bekerjasama dengan PH.

Maka, PN Pahang menjadi pembangkang. Tetapi, bukannya membangkang dan menyemak-imbang semata-mata. Sebaliknya, selama tiga tahun ini, PN menjadi pembangkang konstruktif dan kerajaan menanti.

Buat pertama kalinya, wujud Ketua Pembangkang Pahang. Ia dipegang Tuan Ibrahim (DUN Cheka). Beliau dan setiap ADUN PN diamanahkan portfolio tertentu bagi memantau portfolio-portfolio dipegang MB dan Exco-exconya. Ini mencontohi kaedah yang dimulai Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Banyak perkara telah diperjuangkan PN Pahang. Contohnya:

Gagasan

  • Pembangunan seimbang seluruh Pahang: supaya pembangunan tidak hanya tertumpu di Pahang Timur dan Tengah, sedangkan Pahang Barat dan Tenggara ketinggalan.
  • Pembinaan infrastruktur mampan: keutamaan perlu diberikan untuk jalan perhubungan antara daerah, penyelenggaraan jalan raya, dan bekalan air yang lebih sistematik. 
  • Peratusan tertentu kutipan hasil daerah dikembalikan kepada daerah: supaya perancangan, pembangunan dan penyelenggaraan tempatan lebih sesuai dan pantas.

Isu-isu Penting

  • Pemilikan tanah belum selesai.
  • Bekalan air sering terputus.
  • Cukai tanah membebankan.
  • Sistem peparitan dan saliran gagal mengatasi masalah banjir.
  • Perumahan rakyat terbengkalai.
  • Beban sara hidup.
  • Karenah birokrasi.

PN Pahang akan menyertai PRU16 dengan tawaran-tawaran segar untuk rakyat.

Sebahagiannya adalah untuk menyelesaikan isu-isu semasa. Antaranya ialah seperti yang tercatat di atas. Manakala sebahagian lagi ialah untuk pembangunan masa depan. Ini melibatkan gagasan, dasar-dasar dan program-program untuk memakmurkan negeri dan mensejahterakan rakyat dalam makna yang sebenar.

Datuk Seri Saifuddin Abdullah ialah Ahli Parlimen Indera Mahkota serta bekas Pengerusi PN Pahang dan bekas Ketua BPN Bersatu Pahang.

Topics

 

Popular

Five on board as Flying Doctor Service helicopter crashes in Long Lellang

CAAM said the BO-105 helicopter crashed near the Long Lellang STOLport while operating a Flying Doctor Service flight, with the condition of those on board yet to be confirmed

No evidence linking disrupted military-grade op to PMX or PMO, says Anthropic – Rocky’s Bru

SOMETIMES, the most important point in a story gets buried deep in the news. A case in hand is the news that Anthropic, the AI firm, had "disrupted" a "military-grade" operations based...

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Related